Program Skim Smart Sewa Rumah Untuk Golongan B40
Untuk makluman umum, terdapat satu program telah dilancarkan iaitu Skim Smart Sewa yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi tujuan membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri di kawasan negeri Selangor pada tahun ini.
Program Skim Smart Sewa
Program ini melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) yang mana akan menguruskan semua proses Skim Smart Sewa untuk memberikan sewa kepada golongan Keluarga Malaysia B40 yang layak menerima.
Skim Smart Sewa ini telah diwujudkan oleh pihak kerajaan negeri Selangor bagi tujuan untuk membantu mereka untuk membuat deposit dalam urusan beli rumah sendiri. Di halaman bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi anda yang ingin membuat permohonan skim smart sewa.
Syarat Kelayakan Skim Smart Sewa
- Individu yang ingin memohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
- Pemohon wajib berumur 18 tahun dan ke atas semasa tarikh permohonan
- Pemohon merupakan suami atau isteri yang bekerja atau menetap di negeri Selangor
- Pendapatan isi rumah RM 5,000 dan ke bawah
- Individu yang masih belum mempunyai rumah sendiri
Cara Mohon Skim Smart Sewa
Jika anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan, Sila layari laman rasmi PHSSB untuk muat turun borang dan ikuti langkat selanjutnya untuk permohonan – DI SINI
Tempoh Sewa
Bagi tempoh sewaan untuk skim smart sewa adalah minimum sewa selama 2 tahun dan maksimum sehingga 5 tahun.
Dokumen Yang Diperlukan
- Sediakan salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Sediakan salinan Kad Pengenalan pasangan – jika perlu
- Sediakan salinan KWSP
- Sediakan surat nikah
- Sediakan salinan penyata gaji selama 3 bulan terkini
- Sediakan salinan bil elektrik / air
Deposit Skim Smart Sewa
Bagi deposit untuk skim smart sewa termasuk sewaan 2 bulan, sewa 1 bulan dan caj utiliti.
Jika anda ingin mengetahui lebih berkenaan skim smart sewa ini, anda boleh layari portal rasmi yang telah disediakan di ruangan atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi terus di talian khas di – 03 5524 0233.
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis program , skim dan bantuan khususnya berbentuk kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI