BANTUANeRebatPETRA
Trending

PETRA : eRebat Sehingga RM400 Untuk Pengguna Domestik

PETRA : eRebat Sehingga RM400 untuk pengguna domestik ditawarkan untuk pembelian peti Sejuk atau penyaman udara.

DAPATKAN EREBAT SEHINGGA RM400 MELALUI PETRA

petra erebat

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menawarkan sebuah inisiatif erebat untuk memberi manfaat kepada pengguna. Untuk makluman umum, program ini telah dijenamakan semula daripada program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE).

Program PETRA ini telah diperluaskan kepada pengguna domestik dan komersial bagi pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Dengan adanya inisiatif erebat ini dapat membantu meringankan beban pengguna.

Antara barangan yang boleh dibeli dengan tuntutan erebat RM400 adalah seperti penyaman udara (AC) dan peti sejuk. Kuota barang adalah terhad dan erebat ini dilaksanakan berdasarkan first come, first serve.

Dalam program erebat PETRA ini terdapat 3 kategori yang boleh didapatkan iaitu :

  1. Program NUR DOMESTIK : Bantuan eRebat sehingga RM400 untuk pengguna domestik.
  2. Program NUR PMKS : Bantuan eRebat sehingga RM4,000 untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
  3. Program NUR CHILLER : Bantuan eRebat sehingga RM500,000 untuk pengguna industri dan komersial (comfort cooling).

Manfaat inisiatif NUR PETRA :

  • Jimat bil bagi janga masa panjang kerana pengguna tenaga (KWh / tahun) yang lebih rendah.
  • Lebih mesra alam melalui penggunaan tenaga.
  • Naik taraf pintar untuk rumah tanpa perlu tunggu waktu promosi diadakan dengan rebat meringankan kos awal.

KELAYAKAN TEBUS EREBAT SEHINGGA RM400

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Individu berumur 18 tahun dan keatas.
  • Akaun elektrik kediaman dalam keadaan aktif bagi memudahkan pengesahan.
  • Model peralatan yang ingin dibeli wajib tersenarai sebagai produk cekap tenaga 4/5 bintang.
  • Invois rasmi dalam tempoh program dan bukti serahan pemasangan yang jelas.
  • Kuota terhad, siapa cepat dia dapat.

CARA TEBUS EREBAT PETRA 2025

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan erebat RM400 yang ditawarkan secara percuma ini. Untuk tebus bantuan erebat ini sila layari laman portal rasmi PETRA di https://www.seda.gov.my/nur/

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan, rujuk pada laman utama!

Fayyadh

Carianterbaru merupakan portal informasi lengkap merangkumi maklumat inisiatif kerajaan, swasta dan bantuan terkini khusus untuk rakyat Malaysia

Related Articles

Back to top button