BANTUANeWalletSARA
Trending

Bantuan Ewallet Sehingga RM200 Dikreditkan Bulan Ini

Bantuan Ewallet Sehingga RM200 telahpun mula dikreditkan secara berperingkat bulan ini bagi sesi bayaran Oktober 2025.

PEMBERIAN BANTUAN EWALLET SEHINGGA RM200

BANTUAN EWALLET RM200 SARA

Untuk makluman umum, bermula April sehingga Disember 2025 rakyat akan menerima manfaat bantuan ewallet setiap bulan. Bayaran dikreditkan pada kadar RM50 hingga RM200, nilai ditentukan mengikut kelayakan kategori.

Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai SARA ini adalah merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR. Pembayaran bantuan SARA dikreditkan ke dalam mykad dalam bentuk nilai ewallet.

Nilai bantuan yang disalurkan boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas dan tidak boleh ditukar dalam bentuk tunai. Sepanjang tahun ini, sekitar lebih 5 juta penduduk Malaysia layak menerima manfaat bantuan ewallet ini.

KADAR BANTUAN EWALLET OKTOBER INI

Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan kadar bayaran bantuan ewallet bagi bulan Oktober mengikut kategori :

  • Kategori isi rumah berstatus STR dan ekasih : RM200.
  • Kategori isi rumah berstatus STR sahaja : RM100.
  • Kategori warga emas berstatus STR dan ekasih : RM150.
  • Kategori warga emas berstatus STR sahaja : RM50.
  • Kategori bujang : RM50.

Kadar bayaran diatas telah mula dikreditkan ke dalam setiap mykad yang layak bermula awal bulan Oktober ini.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET SARA

Bagi pengetahuan umum, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini tidak memerlukan sebarang permohonan. Bantuan diberikan secara automatik mengikut kelayakan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun keatas.
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah / STR 2025.
  • Berada dalam kelompok bujang, isi rumah dan warga emas.
  • Tersenarai dalam data ekasih (untuk kategori miskin dan miskin tegar).

SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN EWALLET RM200 BULAN INI

Anda boleh membuat semakan nama dan status bayaran SARA secara dalam talian pada bulan ini. Untuk butiran lengkap dan semakan status, sila layari laman portal rasmi SARA diĀ https://www.sara.gov.my/

Sepanjang bulan Oktober ini terdapat pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan untuk rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk pada laman utama!

Related Articles

Back to top button