SYUKUR Sabah Fasa 4 berjumlah RM900 akan dikreditkan secara berperingkat pada bulan Oktober ini kepada mereka yang berkelayakan. Pendaftaran permohonan dibuka mulai Januari 2025 kepada mereka yang berkeperluan.
INISIATIF BANTUAN SYUKUR SABAH
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah. Inisiatif bantuan kewangan ini diuruskan dibawah bajet Belanjawan 2025.
Perlaksanaan program SYUKUR ini adalah bagi meringankan beban kewangan penerima khusus bagi mendapatkan keperluan asas. Dengan adanya insentif ini dapat membantu golongan yang memerlukan menjalani kehidupan yang lebih wajar dan selesa.
Kadar bayaran bantuan SYUKUR adalah berjumlah RM900 dan dikreditkan selama 4 fasa pembayaran sepanjang tahun ini. Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, agihan bantuan ini disalurkan mengikut keutamaan golongan berkeperluan.
KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Berikut adalah kriteria syarat kelayakan asas program sentuhan kasih rakyat SYUKUR yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Berumur 18 tahun keatas dan pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’.
- Ketua Isi rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem ekasih dengan pendapatan bulanan rendah.
- Ketua Isi rumah (KIR) yang berstatus miskin dan miskin tegar.
- Golongan memerlukan dan terjejas.
Dibawah disediakan jadual dan kadar bayaran SYUKUR Sabah mengikut setiap fasa sepanjang tahun 2025 :
- SYUKUR Fasa 1 : Januari – Mac 2025 (RM900).
- SYUKUR Fasa 2 : April – Jun 2025 (RM900).
- SYUKUR Fasa 3 : Julai – September 2025 (RM900).
- SYUKUR Fasa 4 : Oktober – Disember 2025 (RM900).
Jumlah bayaran diatas akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank setiap penerima atau secara tunai atau dikreditkan dalam e-wallet YONO yang didaftarkan.
SEMAKAN KELAYAKAN & MOHON SYUKUR SABAH FASA 4
Kepada yang berkelayakan dan berkeperluan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat bantuan tunai yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan melalui laman portal rasmi SYUKUR di https://syukur.sabah.gov.my/
Untuk makluman umum, sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup penduduk. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk pada laman utama!