BANTUANBeliaBLP
Trending

Bantuan RM200 Untuk Belia Melalui Program BLP

Bantuan RM200 untuk belia disediakan melalui program Bantuan Latihan Perantis (BLP) dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

PROGRAM INISIATIF BANTUAN RM200 UNTUK BELIA

bantuan rm200 untuk belia

Tahukah anda terdapat sebuah inisiatif yang boleh dimohon oleh golongan belia berumur 16 hingga 35 tahun pada tahun ini. Program bantuan latihan perantis ini menawarkan elaun bantuan sebanyak RM200 seorang sebulan.

BLP ini ditubuhkan adalah bagi membantu klien jabatan atau golongan memerlukan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. Dengan adanya program ini dapat meringankan beban kewangan golongan belia.

Berikut adalah tujuan perlaksanaan program bantuan latihan perantis (BLP) 2025 :

  1. Memenuhi keperluan asas untuk meringankan beban kewangan penerima bantuan.
  2. Sebagai sumber kewangan sementara penerima bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan.
  3. Alat sokongan sosial bagi menilai kemampuan setiap individu kearah berdikari dan mengurangkan peratus pengangguran golongan belia.
  4. Alat pemulihan agar penerima bantuan terus kekal bermanfaat bersama masyarakat.

KELAYAKAN DAFTAR BANTUAN UNTUK BELIA

Bagi mereka yang ingin mohon, antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Anak-anak penerima bantuan kerajaan.
  • Berusia 16 tahun hingga maksimum 35 tahun mengikut kesesuaian.
  • Bekas penghuni dari mana-mana institusi kebajikan atau bekas pelatih.
  • Kes-kes seliaan akhlak atau bekas pelatih khidmat masyarakat.
  • Golongan OKU yang berdaftar dan mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang telah ditetapkan.

CARA DAFTAR PROGRAM BANTUAN BLP

Kepada golongan belia yang berkelayakan dan berkeperluan, jangan lepaskan peluang untuk sertai program latihan yang memberi manfaat secara percuma ini. Untuk panduan lengkap dan kemukakan permohonan, sila layari laman portal rasmi IHSAN MADANI (BLP)

Sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan bagi memudahkan urusan semakan permohonan. Setiap permohonan akan melalui penilaian bagi memastikan pemohon benar-benar layak menerima bantuan.

MAKLUMAT LANJUT

Sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan pelbagai inisiatif dan kemudahan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan, rujuk pada halaman utama!

Related Articles

Back to top button