B40MyLesen
Trending

Program MyLesen Untuk B40 Tahun 2025

Program MyLesen Untuk B40 disediakan pada tahun 2025 bagi mereka yang belum memiliki lesen memandu Malaysia (LMM).

INISIATIF PROGRAM MYLESEN UNTUK B40

MYLESEN B2

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program mylesen B2 dibawah belanjawan 2025. Program ini terbuka kepada golongan belia dari keluarga B40 yang ingin memiliki lesen memandu motorsikal B2.

Untuk makluman umum, program mylesen ini terhad kepada 15,000 peserta sahaja bagi satu fasa. Individu yang berkelayakan boleh mendaftar permohonan selagi masih dibuka.

Perlaksanaan inisiatif ini memberi peluang kepada golongan belia untuk mendapatkan lesen memandu motorsikal yang sah secara percuma. Dengan adanya program ini dapat membuka lebih peluang pekerjaan kepada individu dalam sektor pengangkutan.

Lesen memandu B2 adalah lesen yang membolehkan individu menunggang motorsikal dengan kapasiti enjin tidak melebihi 250 c.c. Mereka yang berumur 16 tahun dan keatas sudah layak untuk mendapatkan lesen memandu motorsikal.

KRITERIA KELAYAKAN PROGRAM MYLESEN B2 B40

Untuk sertai program percuma mylesen ini, individu perlu mematuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Warganegara – Individu yang ingin mohon wajib merupakan warganegara Malaysia.
  2. Kelayakan umur – Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun.
  3. Syarat fizikal – Sihat secara fizikal dan mental untuk kendalikan motorsikal.
  4. Status pendapatan – Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan dengan pendapatan rendah dan berkeperluan.
  5. Bebas senarai hitam – Pemohon wajib bebas dari senarai hitam JPJ, PDRM dan mahkamah.
  6. Tidak memiliki lesen – Pemohon tidak mempunyai sebarang lesen memandu.

PANDUAN DAFTAR MYLESEN B2

Untuk memohon program lesen memandu ini sangat mudah dan boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan ringkas telah disediakan seperti di bawah :

  1. Layari laman portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di https://www.jpj.gov.my/
  2. Muat turun borang permohonan Mylesen terbaharu.
  3. Isi borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan pada ruangan.
  4. Sediakan dokumen-dokumen penting dan sokongan yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan dan tunggu maklum balas.

Jika berkelayakan, individu perlu menghadiri sesi pendaftaran bagi mengelakan permohonan terbatal. Program mylesen B2 tahun dibuka kepada 15,000 kuota penyertaan.

LEBIH INFO

Sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif bantuan kepada golongan B40 dan memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan, rujuk pada laman utama!

Related Articles

Back to top button