B40BANTUANBKPPelajar
Trending

BKP 2025 : Pelajar B40 Layak Terima Bantuan Sehingga RM650

BKP 2025 : Pelajar B40 layak terima bantuan tunai dari RM70 sehingga RM650 melalui program Bantuan Kecil Persekutuan.

PELAJAR B40 LAYAK MOHON BKP 2025

BKP 2025 UNTUK PELAJAR B40

Kerajaan MADANI telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan yang bertujuan membantu meringankan beban para pelajar dari keluarga B40. Program Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) ini adalah sebuah bantuan bulanan.

Dengan adanya insentif ini dapat memberi sokongan kepada pelajar untuk memenuhi keperluan asas pendidikan, makanan dan perubatan. Pelajar yang berkelayakan boleh memohon bantuan BKP ini sepanjang tahun 2025.

Untuk makluman umum, pendaftaran dibuka kepada individu berumur 13 tahun hingga 18 tahun sahaja. Mereka yang bersekolah di sekolah menengah dan kolej vokasional layak untuk memohon.

KADAR BAYARAN BANTUAN BKP 2025 UNTUK PELAJAR

Berikut disediakan perkongsian berkenaan kadar bayaran bantuan kecil persekutuan sesi 2025 mengikut kategori :

  • Tingkatan 1 hingga 4 & tahun 1 kolej vokasional : RM70 sebulan (dikreditkan selama 12 bulan).
  • Tingkatan 5 & tahun 1 kolej vokasional : RM70 sebulan (dikreditkan selama 11 bulan).
  • Tingkatan 6 rendah aliran sains : RM110 sebulan (dikreditkan selama 7 bulan).
  • Tingkatan 6 atas aliran sains : RM110 sebulan (dikreditkan selama 11 bulan).
  • Tingkatan 6 rendah aliran sastera & STAM : RM90 sebulan (dikreditkan selama 7 bulan).
  • Tingkatan 6 atas aliran sastera : RM90 sebulan (dikreditkan selaman 11 bulan).

Bayaran diatas adalah jumlah bantuan yang akan diterima setiap pelajar yang lulus permohonan.

KELAYAKAN UTAMA MOHON BKP 2025

Siapa yang layak untuk memohon bantuan ini? Berikut adalah syarat-syarat utama kelayakan untuk daftar permohonan BKP 2025 :

  1. Status warganegara : Pemohon adalah merupakan warganegara Malaysia.
  2. Status pendapatan keluarga : Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan (B40).
  3. Status pendidikan : Pelajar bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan atau pelajar tahun 1 KV atau pelajar STAM.
  4. Kelayakan : Cemerlang dalam akademik atau kokurikulum dan bukan penerima bantuan biasiswa dari mana-mana agensi.

PENDAFTARAN BKP 2025 DIBUKA!

Kepada yang berkelayakan dan berminat, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat bantuan sehingga RM650 setahun ini secara percuma. Untuk mendaftar permohonan, sila layari laman portal rasmi IHSAN MADANI (BKP)

Sepanjang tahun ini kerajaan telah menawarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif bantuan khusus meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan, rujuk pada laman utama!

Related Articles

Back to top button