Program Baucar Buku MADANI bernilai RM100 telah mula dilaksanakan, permohonan dan penebusan dibuka sehingga 12 Disember 2025.
INISIATIF PROGRAM BAUCAR BUKU MADANI
Baucar buku MADANI tahun 2025 adalah merupakan inisiatif bantuan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Yayasan Perkasa Siswa.
Program istimewa ini memperuntukan bantuan baucar percuma bernilai RM100 kepada setiap seorang para pelajar. Mereka yang berkelayakan adalah pelajar institusi Pendidikan tinggi termasuk Universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan IPTS.
Program baucar buku ini diperkenalkan pada tahun 2025 bagi mengurangkan beban kos pembelian bahan bacaan (buku). Dengan adanya inisiatif seperti ini dapat lebih menggalakan lagi para pelajar dalam budaya membaca terutama dalam kalangan generasi muda.
KELAYAKAN DAPATKAN BAUCAR BUKU MADANI
Untuk pengetahuan umum, permohonan dan penebusan boleh dilakukan oleh pelajar bermula 28 Ogos 2025 sehingga 12 Disember 2025. Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berstatus aktif sebagai pelajar pada Jun 2025
- Sedang menuntut di IPT bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi
- Pelajar Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Sedang melanjutkan pengajian di peringkat sijil, sarjana, sarjana muda, doktor falsafah dan kursus professional bertaraf diploma
- Pengajian secara separuh dan sepenuh masa layak mohon.
PERMOHONAN DIBUKA ! SEMAK CARA MOHON BAUCAR
Kepada mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan baucar percuma berjumlah RM100 ini. Untuk panduan mohon, sila semak di bawah :
- Sila semak kelayakan anda, boleh dilakukan melalui laman rasmi https://mysiswaplace.my/
- Masukkan maklumat yang diperlukan untuk semakan kelayakan
- Sekiranya layak, kod baucar akan dijana
- Baucar ini hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara online melalui laman portal mysiswaplace sahaja
- Setiap pelajar hanya boleh menebus baucar RM100 sekali sahaja
- Setiap baucar yang berjaya ditebus, sah laku pembelian boleh dilakukan dalam tempoh 7 hari
- Lebih 1 juta pilihan jenis judul buku bahan bacaan fizikal dan ebook disediakan melalui lebih 200 rakan niaga.
Untuk lebih informasi berkenaan program ini, anda boleh rujuk pada halaman portal rasmi MANFAAT BAUCAR MADANI
MAKLUMAT LANJUT
Selain itu terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang boleh dimohon, rujuk pada laman utama!