BANTUANBUDI MADANISubsidi

Bantuan Subsidi BUDI MADANI RM200 Setiap Bulan

Bantuan Subsidi BUDI MADANI RM200 setiap bulan boleh didapatkan oleh setiap individu yang berkelayakan di negara ini.

INISIATIF BANTUAN SUBSIDI BUDI MADANI

SUBSIDI BUDI MADANI

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan sebuah program bantuan subsidi yang dikenali sebagai BUDI MADANI pada tahun 2025. Perlaksanaan inisiatif ini adalah bagi membantu golongan B40 dari peningkatan kos sara hidup.

Dengan adanya bantuan bulanan sebanyak RM200 ini dapat memberi sokongan kewangan untuk mengurangkan beban kos bahan api, diesel dan pengangkutan. Mereka yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon pada bulan September ini.

Dalam inisiatif budi madani, terdapat 3 jenis kategori bantuan yang disediakan boleh dimohon pada tahun ini :

  1. Bantuan Subsidi Bahan Api : Bantuan RM200 setiap bulan untuk menampung kos bahan api bagi kenderaan jenis diesel
  2. Bantuan subsidi kenderaan : Bantuan tunai bulanan untuk kos pengangkutan yang menggunakan bahan api jenis diesel
  3. Peningkatan subsidi : Pembahauan subsidi secara bersasar yang memberi fokus kepada penerima berkeperluan.

SIAPA LAYAK MOHON SUBSIDI BUDI MADANI?

Untuk dapatkan bantuan BUDI Madani pada bulan ini, pemohon wajib menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Warganegara : Pemohon berstatus warganegara Malaysia yang sah
  2. Pendapatan bulanan : Pendapatan isi rumah individu tidak melebihi RM4850 sebulan
  3. Cukai Jalan : Kenderaan yang didaftarkan perlu mempunyai cukai jalan yang sah dan masih aktif
  4. Pemilikan : Pemohon adalah merupakan pemilik kenderaan persendirian yang menggunakan bahan api diesel
  5. Status akaun bank : Pemohon mempunyai akaun bank yang aktif bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan subsidi.

CARA DAFTAR SUBSIDI BUDI MADANI 2025

Panduan langkap mendaftar permohonan program BUDI MADANI adalah seperti di bawah :

  1. Layari laman rasmi – Individu yang ingin mohon sila layari laman web rasmi https://budidiesel.gov.my/
  2. Daftar pengguna – Individu perlu mendaftar akaun pengguna dengan masukkan maklumat peribadi seperti no pengenalan, no telefon dan email
  3. Pilih kategori bersesuaian – Pemohon perlu memilih kategori bantuan yang ingin dimohon
  4. Isi borang – lengkapkan borang permohonan pada ruangan yang telah disediakan
  5. Semak dan hantar permohonan – Setelah selesai isi borang, anda boleh semak semula sebelum menghantar borang tersebut.

Nota : Permohonan yang diluluskan pada bulan ini, bantuan akan dikreditkan pada bulan berikutnya.

MAKLUMAT LANJUT

Selain BUDI terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di halaman utama!

Related Articles

Back to top button