STR 2025 Fasa 4 : Semakan status kelayakan penerima terdiri dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas dikreditkan November tahun ini.
STR 2025 FASA 4 (BAYARAN AKHIR)
Seperti yang telah diketahui umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif dibawah bajet belanjawan 2025. Program bantuan STR ini diberikan kepada 9 juta penduduk Malaysia pada kadar bayaran sehingga RM2500 setahun.
Kategori penerima yang layak adalah belia, warga emas dan bujang berstatus B40, M40 dan miskin. Pembayaran STR fasa 1,2 dan 3 telahpun selesai dikreditkan dan kini hanya berbaki fasa 4 sahaja yang dijadualkan pada bulan November 2025.
Pengagihan bayaran STR ini disalurkan secara tunai ke dalam akaun bank setiap penerima secara berperingkat. Mereka yang tiada kad bank boleh menebus secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara pada tarikh yang ditetapkan.
Bagi bayaran STR 2025 Fasa 4 nanti semua kategori akan terlibat menerima bayaran sehingga RM650. Tarikh bayaran masih belum diumumkan namun bantuan akan disalurkan selewat-lewatnya sebelum 31 November 2025.
KADAR JUMLAH BAYARAN STR 2025 FASA 4
Buat masa ini masih belum ada maklumat berkenaan kadar bayaran yang akan dikreditkan pada fasa keempat nanti. Berikut dikongsikan jumlah keseluruhan yang akan diterima oleh setiap kategori pada tahun ini :
- RM2500 setahun : Kategori isi rumah B40 (Bilangan anak lebih 5)
- RM2000 setahun : Kategori isi rumah B40 (bilangan anak 3-4)
- RM1500 setahun : Kategori isi rumah B40 (Bilangan anak 1-2)
- RM1000 setahun : Kategori isi rumah B40 (tiada anak 0)
- RM1250 setahun : Kategori isi rumah M40 (Bilangan anak lebih 5)
- RM1000 setahun : Kategori isi rumah M40 (Bilangan anak 3-4)
- RM750 setahun : Kategori isi rumah M40 (Bilangan anak 1-2)
- RM500 setahun : Kategori isi rumah M40 (Tiada anak 0)
- RM900 setahun : Kategori warga emas
- RM600 setahun : Kategori bujang.
Nota : Jika anda ingin mengetahui berada jumlah bayaran yang anda akan terima pada fasa keempat nanti. Anda tambahkan jumlah bayaran dari fasa 1 hingga fasa 3 dan jumlah keseluruhan tolak dengan jumlah yang diterima, anda akan dapat tahu nilai yang akan dikreditkan pada fasa 4.
Sementara menunggu bulan November, anda boleh membuat semakan status atau kemaskini maklumat terkini STR di laman portal rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/
MAKLUMAT LANJUT
Selain STR terdapat banyak lagi program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan, rujuk di halaman utama!