Bantuan YPJ Untuk Pelajar yang layak adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan negeri.
PROGRAM BANTUAN YPJ UNTUK PELAJAR
Untuk makluman umum, kerajaan negeri telah melaksanakan program Bantuan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Program ini dibuka kepada para pelajar yang berada dalam kelompok B40 dan berkeperluan dalam pendidikan.
Pelbagai insentif yang ditawarkan dalam program YPJ seperti bantuan kewangan, biasiswa dan peluang pendidikan. Perlaksanaan inisiatif ini adalah bagi meringankan beban serta membantu pelajar dalam bidang pelajaran.
Pihak Yayasan mengalu-alukan permohonan dari pelajar yang berminat dalam pendidikan terutama anak negeri Johor. Pendaftaran boleh dikemukakan sepanjang tahun selagi masih dibuka dan mereka yang layak akan menerima manfaat.
JENIS-JENIS BANTUAN YPJ YANG DITAWARKAN KEPADA PELAJAR
Antara jenis-jenis bantuan YPJ yang boleh dimohon pada tahun ini adalah seperti berikut :
- Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) – Membantu meringankan beban kos pendaftaran para pelajar baru masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) – Insentif bantuan kewangan untuk pelajar Johor yang cemerlang dari segi akademik
- Pinjaman Pelajaran Dalam Negara – Pembiayaan pendidikan untuk pelajar yang melanjutkan pengajian dalam negara
- Tabung latihan kemahiran Johor – Khusus sebagai sokongan kewangan untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di dalam bidang latihan kemahiran
- Bantuan Laptop Siswa – Bantuan komputer riba kepada pelajar yang melanjutkan pengajian
- Insentif Mahasiswa Johor – Bantuan one-off RM200 untuk pelajar IPT / IPTS.
SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON BANTUAN YPJ
Bagi pengetahuan umum, pendaftaran permohonan masih dibuka kepada umum dan boleh dikemukakan secara dalam talian. Untuk semak kelayakan dan panduan cara mohon, sila rujuk dibawah :
- Layari laman portal rasmi YPJ https://bantuan-ypj.com/portal/
- Pilih bahagian bantuan yang ingin dimohon
- Semak kelayakan sebelum kemukakan permohonan
- Isi borang permohonan pada ruangan disediakan dan sediakan dokumen penting yang diperlukan
- Hantar permohonan dan tunggu keputusan
- Semakan status permohonan boleh dilakukan di laman tersebut.
KESIMPULAN
Pelbagai inisiatif bantuan yang ditawarkan oleh YPJ sangat memberi manfaat khusus kepada pelajar. Untuk lebih informasi berkenaan insentif bantuan yang ada pada tahun ini, sila SEMAK DISINI sebagai rujukan umum!