BANTUANi-saraanKWSP

Bantuan RM500 Untuk Golongan Bekerja Sendiri

Bantuan RM500 untuk golongan bekerja sendiri boleh didapatkan dalam program kemudahan i-Saraan KWSP tahun 2025. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi memberi manfaat kepada orang ramai.

BANTUAN RM500 UNTUK GOLONGAN BEKERJA SENDIRI

Pihak KWSP mengalu-alukan rakyat terutama mereka yang bekerja sendiri untuk menyertai program i-Saraan yang memberi banyak manfaat di masa akan datang. Mereka yang daftar dalam i-saraan akan menerima insentif kerajaan sebanyak RM500 setahun.

Lebih menarik bermula 2025, penambahbaikan besar-besaran dilakukan pada program i-saraan KWSP. Dimana insentif khas dinaikkan sehingga 20% dari jumlah caruman tahunan kepada semua pencarum.

Untuk makluman umum, I-Saraan adalah sebuah skim caruman sukarela yang membolehkan individu yang bekerja sendiri membuat caruman.  Jumlah caruman tidak ditetapkan, individu boleh membuat caruman mengikut kadar yang mereka tetapkan sendiri.

KELAYAKAN DAFTAR BANTUAN RM500 UNTUK I-SARAAN

Mereka yang ingin daftar kemudahan i-saraan KWSP perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur dibawah 60 tahun
  3. Merupakan ahli KWSP
  4. Bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap.

Sebagai contoh berikut adalah pekerjaan yang layak mohon i-saraan :

  • Peniaga kecil seperti pasar malam dan penjaja
  • Nelayan, petani dan pemandu e-hailing
  • Pengasuh kanak-kanak dan pengasuh rumah
  • Ejen hartanah dan insurans
  • Perniagaan dalam talian
  • Dan lain-lain yang berkaitan.

Manfaat yang disediakan dalam program i-saraan KWSP 2025 :

  • Kadar insentif khas : 20% dari jumlah caruman
  • Had maksimum insentif : RM500 setahun
  • Had insentif seumur hidup : RM5,000.

Dengan adanya program ini kerajaan mahu menggalakan lebih ramai golongan bekerja sendiri untuk menabung secara tanpa beban.

DAFTAR I-SARAAN KWSP

Kepada yang berminat, pendaftaran mudah telah disediakan seperti dibawah :

  1. Sila layari laman portal rasmi KWSP – https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-saraan
  2. Isi borang permohonan (borang caruman sukarela i-saraan KWSP 16 G (M))
  3. Hantar borang di cawangan KWSP berhampiran atau melalui portal rasmi KWSP.

KESIMPULAN

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan bermacam program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sekarang!

Related Articles

Back to top button