BANTUANBantuan KerajaanSyukur Sabah

Bantuan Syukur Sabah 2025 : RM900 Melalui 4 Fasa Pembayaran

Bantuan Syukur Sabah 2025 merupakan inisiatif terbaru dari kerajaan negeri yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat. Melalui program ini, setiap penerima akan menerima bantuan bernilai RM900 yang akan dibayar dalam empat fasa yang telah ditetapkan.

Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan kesejahteraan masyarakat.

Program Bantuan Syukur Sabah 2025

SYUKUR SABAH

Untuk makluman umum, program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan pada tahun ini. Program ini akan dibayar pada kadar RM900 one-off selama tempoh 4 fasa pembayaran.

Proses pembayaran bantuan SYUKUR ini dibahagikan kepada empat fasa. Fasa pertama hingga fasa keempat akan mencakupi pembayaran RM900.

Setiap fasa mengambil proses bayaran selama 3 bulan, menjadikan keseluruhan jumlahnya sebanyak RM900. Pembayaran dibuat secara berperingkat bagi memastikan aliran bantuan yang berterusan kepada mereka yang memerlukan.

Untuk rujukan, berikut adalah jadual bayaran bantuan SYUKUR sepanjang tahun ini :

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025) : RM900
  • Fasa 2 (April – Jun 2025) : RM900
  • Fasa 3 (Julai – September 2025) : RM900
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025) : RM900.

Nota : Bayaran bagi fasa ketiga akan dikreditkan selewat-lewatnya pada bulan hadapan (September) 2025. Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman dari kerajaan negeri.

Proses Memohon Bantuan Syukur Sabah

Untuk memohon bantuan ini, rakyat Sabah perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau melalui pejabat kerajaan tempatan.

Maklumat pengenalan diri dan dokumen sokongan diperlukan untuk memastikan kelayakan setiap pemohon. Kerajaan berjanji akan memudahkan proses ini untuk membolehkan lebih ramai rakyat Sabah mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Berbaki lagi 2 fasa pembayaran ini, mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan selagi belum ditutup. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – https://syukur.sabah.gov.my/

Setiap permohonan akan melalui proses penilaian bagi memastikan pemohon benar-benar layak mendapatkan bantuan kewangan ini.

LEBIH LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah sediakan pelbagai program inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button