Pendaftaran Lesen Memandu Percuma Melalui Program MyLesen

Pendaftaran Lesen Memandu percuma melalui Program MyLesen adalah inisiatif yang bertujuan untuk memberi peluang kepada individu. Tawaran program adalah khusus kepada golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu percuma.
Bagi tahun 2025, pendaftaran bagi program ini kini dibuka dan dijadualkan untuk menyasarkan 15,000 penyertaan. Ini merupakan peluang emas bagi mereka yang ingin memiliki lesen memandu Malaysia (LMM) dan memperbaiki kebolehan mobiliti mereka.
PENDAFTARAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Kerajaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyediakan sebuah program MyLesen B2. Atas keprihatinan dan sambutan yang memberangsangkan, program ini masih diteruskan sehingga tahun ini.
Dengan menyertai program MyLesen B2, individu tidak hanya akan mendapat lesen memandu secara percuma, tetapi juga akan diberi bimbingan yang mencukupi. Proses latihan dan ujian akan membantu peserta memahami undang-undang jalan raya serta kemahiran memandu yang selamat.
Kepada mereka yang menyertai program ini akan menerima manfaat memiliki lesen memandu motorsikal kelas B2. Ini adalah langkah positif dalam membina kesedaran keselamatan di jalan raya.
Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar, proses pendaftaran adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Calon hanya perlu mengisi borang pendaftaran dan memastikan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.
Setelah pendaftaran selesai, pelbagai kursus latihan akan tersedia untuk membantu peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memandu dengan selamat. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengubah cara anda berfungsi dalam masyarakat.
MANFAAT PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA
Antara manfaat yang disediakan dalam program mylesen adalah seperti ;
- Memberi peluang kepada golongan B40 dan miskin untuk memiliki lesen memandu sah
- Memudahan peluang mendapatkan pekerjaan dalam sektor penghataran dan logistik
- Meningkatkan tahap keselamatan jalanraya.
Kepada individu yang layak sertai program ini, mereka tidak perlu membayar sebarang kos seperti ;
- Kelas amali dan teori
- Bayaran ujian JPJ
- Sebarang yuran sekolah memandu.
KELAYAKAN & PANDUAN MOHON LESEN MEMANDU (MYLESEN)
Sekiranya anda berstatus warganegara Malaysia berumur 16 tahun keatas, belum memiliki lesen memandu dan berada dalam kelompok B40 atau miskin. Pendaftaran permohonan lesen memandu boleh dikemukakan secara dalam talian atau manual di JPJ.
Panduan lengkap dan borang permohonan boleh didapatkan di laman web rasmi – MyLesen (JPJ)
Program khas ini akan ditutup selepas kuota penyertaan telah tercapai dan akan dibuka semula pada tarikh ditetapkan.
BANTUAN LAIN
Selain mylesen, terdapat lebih banyak program inisiatif seperti bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat senarai inisiatif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.