Panduan Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP – Fasa 2
Untuk makluman umum kepada para ahli KWSP, pembayaran bagi pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 telah mula dikreditkan pada tarikh 18 April 2022 secara berperingkat. Dengan adanya pengeluaran khas KWSP ini, ramai para pencarum KWSP bersyukur dan gembira kerana dapat membuat persiapan menjelang musim perayaan dan menggunakan wangan pengeluaran untuk perkara penting.
Namun begitu, tidak semua pemohon sudah menerima pembayaran pengeluaran Khas KWSP ini kerana terdapat kategori permohonan yang akan menerima kredit bayaran semasa bulan perayaan aidilfitri nanti. Di bawah disediakan butiran lanjut.
Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP Semasa Bulan Perayaan – Fasa 2
Untuk makluman, bagi pemohonan pengeluaran khas KWSP yang dibuat dari tarikh 28 April 2022, anda akan menerima bayaran bermula pada 5 Mei 2022.
Maklumat ini telah dimaklumkan menerusi laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini kerana terlalu ramai yang membuat permohonan dan akan dibayar secara berperingkat.
Bagi para pencarum yang ingin membuat permohonan baru pengeluaran khas KWSP bermula dari tarikh 28 April 2022, anda akan menerima pembayaran semasa awal bulan perayaan nanti.
Untuk pengetahuan anda, pembayaran pengeluaran khas KWSP ini dilaksanakan secara sekali bayar sahaja (One-off). Contohnya, jika anda membuat pengeluaran sebanyak RM 5,000 maka anda akan terima kredit ke akaun bank anda sebanyak RM 5,000 sekali gus.
Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP
Untuk para pencarum yang telah membuat permohonan sebelum tanggal 27 April 2022, pembayaran akan dilaksanakan sebelum hari raya aidilfiti.
Manakala tarikh pembayaran bagi para pemohon pada 28 April 2022 dan ke atas akan diberikan bermula 5 Mei 2022.
Ramai yang masih keliru berkenaan bila tarikh pembayaran pengeluaran khas KWSP ini. Berikut telah disediakan pembayaran mengikut Batch dan tarikh seperti dibawah :
- Batch 21 April > 18 HB
- Batch 23 April > 20 HB
- Batch 24 April > 21 HB
- Batch 25 April > 22 HB
- Batch 28 April > 25 HB
- Batch 29 April > 26 HB
Sila semakan status permohan anda dari semasa ke semasa di Portal Rasmi Pengeluaran Khas KWSP –DI SINI
Bagi ahli KWSP yang sudah menerima pembayaran, alhamdulilah. Diharapkan anda merancang pembelanjaan anda supaya duit digunakan untuk perkara yang penting.
Nota : Sekiranya anda mempunyai permasalahan atau ingin bertanyakan berkenaan pengeluaran khas KWSP ini, sila menghubungi talian Hotline Pengeluaran Khas KWSP di talian – 03 8922 4848 bermula 1 April 2022.
Maklumat Lanjut
Pada tahun ini, terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai inisiatif yang ada khususnya bantuan berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI