
Sumbangan STR Fasa 2 – Program ini adalah satu inisiatif di bawah belanjawan 2025 yang bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada rakyat. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat, terutama dalam kalangan golongan B40 dan M40.
SUMBANGAN STR FASA 2
Seperti sedia maklum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa pertama telahpun selesai dibayar pada bulan Januari lalu. Pembayaran berikutnya STR fasa kedua akan dikreditkan tidak lama lagi secara berperingkat.
Kategori penerima yang layak untuk manfaat Sumbangan Tunai Rahmah termasuklah individu bujang, warga emas, serta isi rumah dalam kumpulan B40 dan M40. Melalui bantuan ini, kerajaan berharap dapat memberikan sokongan kepada mereka yang terjejas oleh keadaan ekonomi semasa.
Pembayaran fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah dijadualkan akan disalurkan kepada penerima yang berkelayakan pada suku kedua tahun ini. Berdasarkan kepada pengumuman tahun lalu, pembayaran ini biasanya dilakukan pada bulan April.
Namun, terdapat spekulasi bahawa pembayaran akan diawalkan sebelum sambutan Hari Raya, yang tentunya menjadi berita baik bagi penerima bantuan. Tarikh rasmi akan dimaklumkan disini selepas pengumuman rasmi dari Kementerian Kewangan.
Berikut adalah jadual bayaran secara kasar bagi pemberian STR 2025 mengikut fasa :
- Fasa 1 : Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
Nota : Tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum masyarakat.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN STR FASA 2
Di bawah adalah jangkaan kadar bayaran STR fasa 2 berdasarkan tahun lalu :
- Isi rumah B40 : RM150 – RM650 (jumlah mengikut bilangan anak)
- Isi rumah M40 : RM100 – RM300 (jumlah mengikut bilangan anak)
- Warga emas : RM200
- Bujang : RM150.
Kepada rakyat Malaysia, kemaskini maklumat terkini dan semakan status bayaran setiap fasa dibuka sepanjang tahun ini. Untuk cek sila layari laman web rasmi MySTR 2025 – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Dengan adanya sumbangan ini, diharapkan penerima dapat menggunakan bantuan ini untuk tujuan yang lebih bermanfaat semasa musim perayaan. Kerajaan terus komited untuk memastikan kesejahteraan semua rakyat, dan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah langkah ke arah itu.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi meringankan beban penduduk. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.