Bantuan Tambahan STR RM1000 : Syarat Layak Tuntut
Bantuan tambahan STR RM1000 – Tahukah anda, penerima sumbangan tunai rahmah (STR) layak untuk menuntut bantuan tambahan berjumlah RM1,000? Inisiatif ini, yang dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK), disediakan sepanjang tahun dan bertujuan untuk membantu waris yang kehilangan orang tersayang.
BANTUAN TAMBAHAN STR RM1000
Pihak kerajaan bersama-sama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan insentif tambahan ini untuk tujuan bantuan kewangan kepada keluarga yang terkesan. Bantuan ini boleh dituntut secara one-off sekiranya penerima STR atau pasangan mereka meninggal dunia.
Ini adalah salah satu langkah utama dalam memberikan sokongan kewangan kepada keluarga yang menghadapi situasi sukar. Tuntutan boleh dilakukan oleh waris kepada penerima STR yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2024.
Proses ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ahli keluarga dalam menghadapi kos pengebumian. Program SKK adalah daripada inisiatif yang dirangka untuk membantu waris, dan sangat penting agar semua pihak mengetahui tentang bantuan ini untuk memanfaatkannya pada waktu yang tepat.
Jika berlaku kematian, pewaris boleh membuat tuntutan bantuan secara terus di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran. Untuk memudahkan urusan semakan tuntutan, anda perlu sediakan dokumen penting seperti kad pengenalan dan yang berkaitan.
Untuk butiran lengkap dan panduan penuh berkenaan bantuan tambahan RM1000 ini, sila kunjungi laman rasmi – SKK STR sebagai rujukan umum.