Bingkas 2024 – Bantuan RM300 sebulan ditawarkan untuk keluarga B40 dan M40 yang memerlukan pada tahun ini. Program bantuan khas ini disediakan dibawah kerajaan negeri yang disalurkan secara bulanan.
BINGKAS 2024 – BANTUAN RM300 SEBULAN
Kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program inisiatif bantuan bulanan yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera bingkas. Perlaksanaan insentif ini adalah bagi melindungi keluarga dari ketidakpastian ekonomi.
Program bantuan bingkas ini dirangka khusus untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga yang memerlukan. Atas keprihatinan kerajaan negeri, bantuan ini masih terus dilaksanakan pada tahun ini.
PENGENALAN BANTUAN BINGKAS 2024
Kerajaan memperkenalkan program bantuan kehidupan sejahtera bingkas ini sebagai tanda pemberian sokongan kepada keluarga-keluarga pasca pendemik. Program ini menyasarkan 30,000 buah keluarga dengan kadar bantuan RM300 sebulan.
Bantuan tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembelian barangan keperluan asas dan peralatan pendidikan anak. Dengan adanya inisiatif seperti ini dapat meningkatkan kestabilan kewangan serta memperkukuh keharmonian sesebuah keluarga.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BINGKAS
Terdapat 5 syarat kelayakan utama bantuan Bingkas telah ditetapkan oleh pihak berwajib bermula 1 Julai 2024 seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM5,000
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah (sekurang-kurangnya 2 orang)
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun.
MANFAAT BANTUAN BINGKAS 2024
Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima manfaat daripada program Bingkas seperti dibawah :
- Menerima had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300
- Urusniaga pembelian dijalanan secara tanpa tunai (ewallet)
- Ewallet Bingkas boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar
- Nilai bantuan akan ditambah ke paras RM300 secara automatik setiap bulan
- Baki nilai bantuan perlu dihabiskan pada bulan semasa kerana tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
PENDAFTARAN BANTUAN BINGKAS KINI DIBUKA
Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara online pada tahun ini. Untuk semakan butiran lengkap dan panduan daftar permohonan, sila kunjungi laman rasmi – BINGKAS
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif bantuan telah disediakan oleh agensi kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.