BANTUANFASA 3STRSumbanganTunaiRahmah

Rasmi : Jadual Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank Penerima

Rasmi : Jadual Bayaran STR Fasa 3 mengikut bank penerima akan dikreditkan tidak lama lagi pada bulan ini. Seperti yang telah dimaklumkan, pengagihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan mula disalurkan pada bulan Ogos ini secara berperingkat.

RASMI : JADUAL BAYARAN STR SESI 2024

Untuk makluman umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini diberikan secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan insentif rangkaan dari Bajet Belanjawan 2024 yang melibatkan golongan B40 dan M40. Kategori utama yang terlibat menerima bantuan STR adalah dari belia bujang, warga emas dan isi rumah.

Berikut adalah jadual rasmi pemberian Sumbangan Tunai Rahmah 2024 mengikut fasa :

  • STR fasa 1 : Januari 2024
  • STR fasa 2 : April 2024
  • STR fasa 3 : Ogos 2024
  • STR fasa 4 : November 2024.

Kepada mereka yang tidak tahu, pemberian STR adalah merupakan bantuan kewangan tahunan yang menggantikan bantuan terdahulu. Antaranya seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan BR1M.

KADAR RASMI BAYARAN STR FASA 3

Berdasarkan STR fasa ketiga tahun lalu, kadar bayaran yang disalurkan adalah sehingga RM800. Untuk tahun ini kadar akan ditentukan mengikut kategori yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan tidak lama lagi.

Sebagai rujukan, dibawah adalah jumlah keseluruhan bayaran STR tahun ini mengikut kategori penerima :

  • Kategori Belia Bujang (21 tahun keatas) : RM350 setahun
  • Kategori warga emas (60 tahun keatas) : RM600 setahun
  • Kategori isi rumah B40 : Dari RM1,000 hingga RM2,500 (Jumlah ditentukan mengikut bilangan anak)
  • Kategori isi rumah M40 : Dari RM500 hingga RM1,250 (Jumlah ditentukan mengikut bilangan anak)

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR OGOS INI

Untuk penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, semakan status bayaran dan kemaskini maklumat kini boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk rujukan penuh dan semakan status, sila layari laman portal rasmi bantuan – MySTR 2024

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada bulan ini dan masih boleh dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button