Pemberian Bantuan Am RM350 : Dikreditkan Secara Bulanan
Pemberian Bantuan Am RM350 dikreditkan secara bulanan kepada pemohon yang berkelayakan sepanjang tahun ini. Seperti yang telah dimaklumkan, program khas bantuan Am Persekutuan ini adalah sebahagian inisiatif di bawah Bajet Belanjawan 2024.
PEMBERIAN BANTUAN AM RM350 (BULANAN)
Salah satu inisiatif yang boleh dimohon pada bulan ini adalah melalui program bantuan Am Persekutuan (BA). Insentif istimewa ini dikreditkan pada kadar sehingga RM350 sebulan kepada mereka yang lulus permohonan.
Kerajaan telah memaklumkan skim bantuan BA ini dikendalikan dan diseliakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Setiap negeri telah menyediakan bantuan Am masing-masing bagi membantu golongan yang berkeperluan.
Bagi bantuan am persekutuan, kadar bayaran yang ditetapkan adalah minima RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan. Tujuan utama perlaksanaan porgram bantuan ini adalah untuk membantu rakyat meneruskan hidup dan kesejahteraan dalam masyarakat.
KELAYAKAN BANTUAN AM RM350
Kepada mereka yang ingin kemukakan permohonan, antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
- Kumpulan memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi dibawah mana-mana bantuan bulanan JKM lain.
CARA DAPATKAN PEMBERIAN BANTUAN AM
Untuk pengetahuan umum, setiap negeri telah menyediakan skim bantuan am negeri masing-masing dan kadar yang ditetapkan adalah berbeza. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau hadir ke pejabat kebajikan berdekatan kediaman.
Panduan lengkap dan borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman portal rasmi – Bantuan Am (JKM)
Kepada mereka yang ingin memohon disarankan sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti :
- Salinan kad pengenalan diri (pemohon / pasangan)
- Salinan kad pengenalan tanggungan dan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Tahun ini pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan bulanan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.