BANTUANSuri Rumah

Insentif Bantuan Suri Rumah Berjumlah RM480 Setahun

Insentif Bantuan Suri Rumah berjumlah RM480 setahun boleh didapatkan secara percuma melalui skim kemudahan i-suri 2024.

Bermacam-macam jenis kemudahan dan program bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

PEMBERIAN INSENTIF BANTUAN SURI RUMAH

Kerajaan kini telah menyediakan dan memberi insentif bernilai RM480 setahun khas kepada golongan suri rumah, balu dan ibu tunggal. Pemberian insentif istimewa ini ditawarkan setiap tahun bagi memastikan kesejahteraan golongan wanita dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga tercinta.

Syaratnya mudah, mereka yang layak boleh mendaftar untuk dapatkan bantuan ini dengan hanya membuat caruman minimum RM5 sebulan ke dalam akaun KWSP. Kepada mereka yang mendaftar melalui skim i-suri secara automatik layak terima bantuan khairat kematian sebanyak RM2,500.

Tujuan utama perlaksanaan kemudahan i-suri ini adalah sebagai jaminan perlindungan kewangan kepada suri rumah. Kepada yang berkelayakan anda disarankan mendaftar i-suri supaya dapat manfaat yang ditawarkan.

MANFAAT BANTUAN SURI RUMAH (I-SURI)

Antara manfaat yang boleh didapatkan dalam program i-suri KWSP adalah seperti :

  • Menerima insentif bantuan dari kerajaan minimum RM40 sebulan bersamaan RM480 setahun
  • Automatik dapat dividen tahunan dari KWSP
  • Layak tuntut bantuan khairat kematian sebanyak RM2,500 secara one-off.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN DAPATKAN INSENTIF BANTUAN

Di bawah adalah beberapa syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan dalam program i-suri KWSP :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Isteri kepada ketua isi rumah (KIR) / Wanita (KIR) yang berstatus balu, bercerai atau belum berkahwin
  • Mencarum serendah RM5 sebulan atau RM60 setahun dalam akaun KWSP
  • Berdaftar dalam pengkalan data e-kasih.

CARA DAFTAR I-SURI KWSP 2024

Bagi yang layak, cara mendaftar adalah mudah dan boleh dibuat secara dalam talian sepanjang tahun ini. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – i-Suri KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button