BANTUANJadual BayaranMySARA

MySARA : Jadual Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

MySARA : Jadual Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi tahun ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Untuk pengetahuan umum, program pemberian insentif tambahan SARA ini merupakan sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.

MYSARA : BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN

Seperti sedia maklum, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah yang memasuki tahun kedua perlaksanaan. Bantuan istimewa ini adalah lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah.

Untuk makluman, pemberian bantuan SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ianya disalurkan secara automatik berdasarkan data dari kerajaan. Bantuan ini hanya diberikan kepada penerima sedia ada STR yang menepati kriteria kelayakan sahaja.

Pada tahun 2024, sekitar 700,000 penerima STR akan mendapatkan manfaat daripada sumbangan asas rahmah ini. Kadar bantuan yang ditawarkan adalah sehingga RM1,200 setahun, kategori yang layak adalah isi rumah, warga emas serta bujang.

KADAR BAYARAN BANTUAN MYSARA 2024

Sama seperti pemberian STR, kadar bayaran SARA juga diberikan berbeza mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :

KATEGORI MISKIN & MISKIN TEGAR

  • Penerima STR kategori warga emas dan isi rumah : RM1,200 setahun
  • Penerima STR kategori bujang : RM600 setahun

KATEGORI BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR

  • Penerima STR kategori isi rumah : RM300 setahun
  • Penerima STR kategori bujang dan warga emas : RM150 setahun

Nota : Pembayaran SARA ini disalurkan berperingkat bermula Januari sehingga Disember 2024 bagi kategori miskin/ miskin tegar. Manakala pembayaran bagi bukan miskin/ miskin tegar akan dimaklumkan pada masa terdekat.

JADUAL LENGKAP BAYARAN BANTUAN MYSARA

Bagi penerima di kawasan negeri-negeri semenanjung, pengagihan bayaran SARA disalurkan ke dalam Mykad setiap bulan sehingga Disember. Untuk penerima negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, pembayaran dikreditkan sebanyak 2 kali pada tahun ini iaitu Februari dan Ogos 2024.

Jadual diatas adalah bagi kategori miskin dan miskin tegar, untuk bayaran berstatus bukan miskin akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSARA

Kepada mereka yang merupakan penerima STR pada tahun ini, kalian boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini. Untuk semakan status sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button