BANTUANMySARASTRSumbangan Asas Rahmah

MySARA : Bantuan Tambahan STR Telah Mula Dikreditkan

MySARA : Bantuan Tambahan STR telah mula dikreditkan kepada secara berperingkat sehingga Disember tahun ini. Seperti sedia maklum, pemberian inisiatif istimewa ini sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.

MYSARA : BANTUAN TAMBAHAN STR 2024

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk terus melaksanakan pemberian insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi sesi tahun 2024. Bantuan ini adalah merupakan lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Lebih menarik pemberian bantuan ini telah diperluaskan kepada 700,000 penerima sedia ada STR yang melibatkan jumlah bantuan sehingga RM1,200. Kategori penerima juga telah ditambah kepada isi rumah, bujang dan warga emas berbanding tahun lalu hanya untuk isi rumah.

Tujuan utama program bantuan ini adalah untuk meringankan beban rakyat yang terjejas dengan membeli keperluan asas. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai kerana bantuan ini disalurkan ke dalam mykad penerima STR.

KADAR BANTUAN TAMBAHAN MYSARA MENGIKUT KATEGORI

Pihak kerajaan telah menetapkan jumlah bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah ini mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

KATEGORI (MISKIN & MISKIN TEGAR)

  • Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas : RM1,200
  • Penerima STR kategori bujang : RM600

KATEGORI (BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR)

  • Penerima STR kategori isi rumah : RM300
  • Penerima STR kategori bujang : RM150
  • Penerima STR kategori warga emas : RM150

Nota : Pemberian sumbangan MySARA ini hanya diberikan kepada penerima STR sahaja. Mereka yang tidak layak menerima STR secara automatik tidak layak mendapatkan insentif ini kerana bantuan ini tidak memerlukan sebarang permohonan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Untuk makluman, bayaran SARA telah mula dikreditkan bermula Januari sehingga Disember 2024 bagi kategori miskin dan miskin tegar. Bagi pembayaran untuk kategori bukan miskin tegar dimaklumkan pada tarikh yang akan diumumkan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYSARA 2024

Kepada penerima sedia ada STR, anda boleh membuat semakan sama ada berkelayakan atau tidak mendapatkan insentif khas ini. Butiran lengkap dan panduan semakan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button