MySARA 2024 : Kadar Bantuan Mengikut Kategori Telah Diumum
MySARA 2024 : Kadar Bantuan mengikut kategori telah diumumkan oleh pihak kerajaan bagi sesi tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Inisiatif tambahan khas berbentuk bantuan ini merupakan insentif yang diberikan kepada penerima STR.
PROGRAM BANTUAN MYSARA 2024
Untuk makluman, pemberian Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai SARA ini adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan khas ini dibawah Belanjawan MADANI kedua (Belanjawan 2024) yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Apa yang menarik adalah pemberian SARA ini telah diperluaskan kepada kira-kira 700,000 penerima STR, dengan adanya kenaikan ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai. Tujuan utama perlaksanaan bantuan tambahan ini adalah bertujuan memenuhi keperluan barangan asas.
Pada tahun ini mereka yang berada dalam kategori bukan miskin atau miskin tegar juga akan terlibat menerima insentif pada kadar yang ditetapkan. Dengan adanya insentif khas ini amaun yang diberikan boleh digunakan dengan pembelian tanpa tunai di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.
KADAR BANTUAN MYSARA 2024 MENGIKUT KATEGORI
Dibawah disediakan kadar bayaran bantuan SARA tahun ini mengikut kategori kelayakan seperti berikut.
KATEGORI – PENERIMA STR MISKIN & MISKIN TEGAR
- Isi rumah dan warga emas tiada pasangan : RM1,200
- Bujang : RM600
- RM100 dan RM50 disalurkan setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Semenanjung) Januari hingga Disember 2024
- Bayaran RM600 disalurkan 2 kali setahun (Sabah, Sarawak dan Labuan) Februari dan Ogos 2024
PENERIMA STR ‘BUKAN’ MISKIN & MISKIN TEGAR
- Isi rumah : RM300
- Bujang dan warga emas tiada pasangan : RM150
- Tempoh perlaksanaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa (dalam masa terdekat).
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA 2024
Jika kalian merupakan penerima sedia ada bantuan tunai STR pada tahun ini, semakan status sama ada layak atau tidak mendapatkan manfaat SARA ini boleh dilakukan. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan – MyKasih SARA (2024)
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan dan bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.