BANTUANMySARAMySARA 2024Sumbangan Asas Rahmah

MySARA 2024 : Semakan Kelayakan Dibuka Bermula Hari Ini

MySARA 2024 : Semakan Kelayakan kini telah dibuka bermula hari ini 22 Januari, penerima STR boleh membuat semakan status bantuan ini. Untuk makluman, inisiatif khas ini adalah merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYSARA 2024

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah ini kepada 700,000 penerima STR. Mereka yang terlibat adalah dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang yang berstatus miskin atau miskin tegar.

Bermula hari ini 22 Januari 2024, semakan status kelayakan boleh dilakukan secara dalam talian bagi mengesahkan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini. Bantuan ini tidak diberikan secara tunai, ianya dikreditkan ke dalam Mykad setiap penerima yang layak.

Amaun yang diberikan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di mana-mana pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara. Perlaksanaan program pemberian bantuan khas SARA ini diteruskan adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan.

KATEGORI PENERIMA & KADAR BANTUAN MYSARA 2024

Pada tahun lalu, hanya kategori miskin tegar yang layak mendapatkan insentif SARA ini pada kadar jumlah RM600 yang dibayar selama 6 bulan. Apa yang menarik pada tahun ini bantuan SARA telah diperluaskan dan kadar jumlah dinaikkan kepada RM1,200 berbanding tahun lalu.

Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mengikut kategori adalah seperti berikut :

  • Isi rumah : RM1,200 (RM100x12 bulan) Januari sehingga Disember 2024
  • Warga emas tiada pasangan : RM1,200 (RM100x12 bulan) Januari sehingga Disember 2024
  • Bujang : RM600 (RM100x6 bulan)

Nota : Pemberian bantuan SARA ini mula disalurkan berperingkat pada 22 Januari ini kepada penerima STR. Semakan sama ada layak ataupun tidak mendapatkan manfaat dari insentif ini boleh dilakukan bermula hari ini.

SEMAKAN STATUS MYSARA 2024

Kepada mereka yang merupakan pemohon STR diluluskan dan menepati syarat kelayakan, semakan status kini boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap semakan telah disediakan, sila layari laman rasmi – MyKasih (SARA)

Sekiranya berkelayakan, maklumat anda akan dipaparkan pada skrin menyatakan anda penerima Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2024. Untuk mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan tambahan STR ini, anda boleh rujuk di laman utama tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button