BANTUANBINGKASeWallet

Bantuan eWallet RM300 Sebulan : Panduan Daftar Permohonan

Bantuan eWallet RM300 Sebulan adalah merupakan salah satu inisiatif yang ditawarkan kepada golongan B40 (Pendapatan bawah RM3,000). Untuk sedia maklum, program khas ini adalah bantuan yang diberikan secara bulanan kepada yang berkelayakan.

BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan program pemberian bantuan khas yang dikenali sebagai kehidupan sejahtera atau Bingkas. Atas dasar keprihatinan kerajaan, insentif istimewa ini telah dilaksanakan setiap tahun bagi membantu golongan memerlukan.

Perlaksanaan pada tahun ini pihak kerajaan menyasarkan sekitar 30,000 keluarga akan menerima manfaat daripada program bantuan ewallet RM300 (bulanan) ini. Insentif ini tidak diberikan secara tunai, ianya dikreditkan dalam bentuk ewallet yang amaun tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas rumah.

Tujuan utama bantuan khas ini masih diteruskan adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang kurang berkemampuan dari golongan B40. Selain itu, dengan adanya insentif tambahan ini dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300

Pihak kerajaan negeri telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan bagi mendapatkan insentif khas bantuan kehidupan sejahtera ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan tidak melebihi RM3,000 (Sebulan)
  • Berada dalam kategori B40
  • Keluarga (isi rumah) yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN EWALLET

Sekiranya anda menepati kelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan khas ini boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi Bingkas – DI SINI

Kepada pemohon, untuk memudahkan urusan semakan permohonan, anda disarankan menyediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti dibawah :

  • Salinan kad pengenalan diri (Pemohon dan pasangan) jika ada
  • Salinan kad pengenalan, mykid, surat lahir (tanggungan/ anak)
  • Salinan sijil penceraian/ laporan polis/ sijil kematian untuk kategori ibu bapa tunggal
  • Salinan slip gaji/ pencen terkini (Penjawat awam/ pesara)
  • Salinan penyata EA atau KWSP (Pekerja swasta)
  • Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti (Bekerja sendiri/ tidak bekerja).

Nota : Bantuan khas ini ditawarkan kepada rakyat kelahiran negeri Selangor. Namun jika anda sudah menetap melebihi 10 tahun, anda juga berkelayakan untuk mengemukakan permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button