BANTUANBulananIsi RumahKerajaan

Terkini : Bantuan Tunai Bulanan Isi Rumah Bakal Diperkenalkan

Terkini : Bantuan Tunai Bulanan untuk golongan isi rumah bakal diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban keluarga yang terjejas. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini sedang dipertimbangkan bagi melihat manfaat yang boleh diberikan kepada rakyat.

TERKINI : BANTUAN TUNAI BULANAN

Pihak kerajaan perpaduan sedang mempertimbangkan cadangan bantuan tunai bulanan kepada kategori isi rumah yang tidak dapat menyertai aktiviti bagi menjana pendapatan. Mereka yang terjejas dari segi faktor lanjutan usia dan kesihatan bagi meningkatkan pendapatan garis kemiskinan (PGK).

Semasa Majlis mesyuarat tindakan ekonomi negara (MTEN) di Putrajaya, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan. Bantuan tunai bulanan ini antara tiga (3) cadangan yang dibentangkan dan akan dipertimbangkan.

BANTUAN TUNAI BULANAN UNTUK ISI RUMAH

Atas dasar keprihatinan dan dalam usaha kerajaan bagi membantu rakyat dalam golongan miskin, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan khusus untuk yang memerlukan. Pada zaman ini, faktor usia dan kesihatan antara penyebab ramai yang tidak dapat melakukan aktiviti untuk mendapatkan pendapatan secara konsistan.

Disebabkan itu pelbagai cadangan insentif dan kemudahan sedang dicadangkan untuk membantu mereka yang terjejas terutama golongan miskin tegar. Usul ini telah dipersetujui menerusi mesyuarat (MTEN) pada isnin lalu.

Dengan adanya perkenalan pelbagai jenis bantuan untuk rakyat yang memerlukan akan meringankan beban mereka dan ini merupakan usaha Perdana Menteri untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

BANTUAN BULANAN (MYKASIH SARA)

Terdahulu, bermula Julai 2023 pihak kerajaan telah melancarkan sebuah insentif tambahan berjumlah RM600 kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah. Mereka yang berada dalam kategori miskin tegar akan menerima bantuan RM100 secara bulanan dikreditkan dalam MyKad.

Amaun tersebut boleh dimanfaatkan dengan cara membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar. Jika anda penerima STR, anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif ini, untuk semak sila layari laman rasmi MySARA – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button