BANTUANFasa 4STRSumbanganTunaiRahmah

STR : Kategori Tidak Layak Menerima Bayaran Fasa Ke 4

STR : Kategori Tidak Layak menerima bayaran fasa ke 4 telah dimaklumkan yang terdiri daripada golongan isi rumah dan bujang. Pemberian inisiatif khas ini adalah merupakan program bantuan kewangan yang baru diperkenalkan pada tahun ini.

STR : KATEGORI TIDAK LAYAK FASA KE 4

Untuk sedia maklum, terdapat beberapa kategori yang tidak layak menerima insentif fasa terakhir yang telah mula dikreditkan ini. Bukan semua penerima sedia ada yang akan menerima bayaran pada bulan ini.

Kategori yang tidak layak adalah bujang, isi rumah (M40) tiada anak dan mempunyai bilangan anak 1-2 orang. Penerima yang telah menerima bayaran fasa 1 hingga fasa 3 yang berada dalam kategori yang dimaklumkan seperti diatas tidak akan menerima sebarang bayaran.

KATEGORI LAYAK MENERIMA STR FASA 4

Manakala bagi kategori yang layak pula adalah isi rumah (keluarga) yang mempunyai pendapatan RM2,500 (B40). Kadar yang diberikan adalah daripada RM200 sehingga RM1,200 dan jumlah ditentukan mengikut bilangan anak.

Untuk kategori isi rumah (Keluarga) pendapatan RM5,000 (M40) hanya bilangan anak 3 – 5 keatas sahaja akan menerima bayaran RM300 dan RM500. Untuk warga emas berumur 60 tahun dan keatas akan menerima bayaran berjumlah RM200 setiap seorang.

TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN

Untuk makluman, tarikh rasmi pembayaran telahpun diumumkan oleh pihak kerajaan. Bermula 7 November 2023, pengagihkan secara pengkreditan ke dalam akaun penerima akan dilakukan secarra berperingkat.

Bagi yang tiada kad bank, anda boleh dapatkan dengan cara tebus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran. Jangan lupa untuk membawa kad pengenalan untuk tujuan sebagai pengesahan.

SEMAKAN STATUS & KEMASKINI STR

Rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang masih belum terima bayaran, jangan risau kerana anda boleh membuat semakan status secara online. Untuk kemaskini maklumat dan semakan status bayaran, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button