MySTR : Pemberian Fasa 4 Dikreditkan Awal Secara Berperingkat
MySTR : Pemberian Fasa 4 akan dikreditkan secara berperingkat kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Pengagihan pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah fasa terakhir ini dijadualkan pada bulan depan.
MYSTR : PEMBERIAN FASA 4
Pihak kerajaan telah memperkenalkan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang dikenali sebagai sumbangan tunai rahmah (STR) pada sidang Belanjawan 2023. Menerusi program khas ini, kadar jumlah bantuan yang diberikan adalah sehingga RM2,500 tambahan RM500 (SARA).
Bagi pembayaran fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 telahpun selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Pemberian bantuan STR ini melibatkan 3 kategori kelayakan utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah B40 dan M40.
Untuk makluman, kini hanya berbaki satu saja lagi fasa pemberian STR yang akan dilakukan tidak lama lagi. Bagi bayaran kali ini, kadar yang akan diberikan adalah sehingga RM1,200 dan jumlah tersebut bergantung kategori dan bilangan tanggungan anak.
Manakala bagi kategori yang terlibat pada fasa keempat nanti adalah warga emas dan isi rumah sahaja. Bagi kategori bujang hanya menerima bayaran STR sehingga fasa ketiga.
JADUAL PEMBERIAN MYSTR MENGIKUT FASA
Berikut adalah jadual rasmi bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah mengikut fasa bagi tahun ini seperti di bawah :
- MySTR fasa 1 : Bulan Januari 2023
- MySTR fasa 2 : Bulan April 2023
- MySTR fasa 3 : Bulan Julai (Diawalkan pada bulan Jun 2023)
- MySTR fasa 4 : Bulan November 2023 (Akan dikemaskini jika diawalkan)
KADAR BAYARAN MYSTR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI
Bagi pengetahuan umum, kerajaan telah memaklumkan kadar bayaran bagi fasa 4 yang akan diberikan mengikut kategori seperti di bawah.
KATEGORI ISI RUMAH B40 DAN M40
Penerima sedia ada bagi kategori isi rumah B40 akan menerima bayaran :
- RM200 : Tiada anak
- RM600 : 1-2 anak
- RM900 : 3-4 anak
- RM1,200 : 5 anak
Penerima sedia ada bagi kategori isi rumah M40 akan menerima bayaran :
- RM300 : 3-4 anak
- RM500 : 5 anak
KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS)
- RM200 seorang
SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR
Rakyat Malaysia yang layak terima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Untuk semak, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan disediakan pada tahun ini untuk membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.