BANTUANeTunai

E-Tunai : Bantuan Khas RM100 Percuma Untuk Golongan Dewasa

E-Tunai : Bantuan Khas RM100 ditawarkan secara percuma untuk golongan dewasa yang berumur 21 tahun dan keatas. Ini adalah merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan selepas pemberian eBelia Rahmah berjumlah RM200.

E-TUNAI : BANTUAN KHAS RM100

Pada majlis peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa rakyat, Perdana menteri Malaysia telah memperkenalkan satu lahi inisiatif berbentuk kredit e-tunai. Apa yang menarik adalah pemberian ini akan melibatkan kategori dewasa berumur 21 tahun keatas.

Atas dasar keprihatian kerajaan, program bantuan kredit e-tunai ini bakal dilaksanakan. Hal ini kerana bukan sahaja pelajar malah golongan dewasa juga bakal mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

Kadar yang diberikan adalah berjumlah RM100 seorang secara one-off dan penebusan boleh dilakukan sama seperti ebelia rahmah dimana boleh ditebus melalui aplikasi edompet yang terlibat.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KHAS E-TUNAI RM100

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan e-tunai RM100 ini seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas (Tahun 2023)
  3. Pendapatan dibawah RM100,000 setahun
  4. Golongan dewasa dari kategori B40 dan M40

TARIKH BOLEH CLAIM E-TUNAI RM100

Buat masa ini, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan khas ini akan mula dilancarkan pada suku keempat tahun 2023. Berdasarkan kenyataan tersebut, ini bermakna rakyat boleh tebus kredit etunai RM100 seawal bulan Oktober selewat-lewatnya bulan Disember.

Segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk menyalurkan informasi kepada masyarakat lebih pantas.

PERBEZAAN E-TUNAI RM100 & EBELIA RAHMAH RM200

Pada sidang Belanjawan 2023 kerajaan telah memperkenalkan eBeliaRahmah . Dimana bantuan e-tunai ini diberikan kepada mahasiswa sahaja bermula Jun sehingga Ogos dengan kadar RM200 seorang.

Manakala bagi kredit e-tunai RM100 yang baru diperkenalkan ini pula bakal diberikan kepada golongan dewasa yang terdiri dari kumpulan B40 dan M40. Kepada mereka yang berumur 21 tahun keatas boleh dapatkan insentif istimewa ini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button