MySalam : Bantuan RM700 setahun disediakan tanpa perlu mohon untuk golongan B40 yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk pengetahuan, inisiatif istimewa ini diperkenalkan pada tahun lalu dan masih diteruskan sehingga sekarang.
MYSALAM : BANTUAN RM700 SETAHUN
Pihak kerajaan telah memperkenalkan MySalam dan ia merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan secara percuma. Apa yang menarik adalah skim ini ditawarkan kepada golongan B40 tanpa perlu memohon.
Tujuan utama perlaksanaan inisiatif khas ini adlaah bagi menyediakan skim perlindungan kesihatan bagi membantu golongan sasar iaitu B40 dan miskin. Dengan adanya insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengatasi masalah kewangan apabila menhadapi penyakit.
BANTUAN MYSALAM TANPA PERLU MOHON
Untuk sedia maklum, insentif ini tidak memerlukan sebarang permohonan dan ia diberikan percuma kepada golongan B40 dan miskin yang terjejas. Manfaat yang boleh didapatkan dalam program khas ini adalah seperti berikut :
- Bantuan kewangan RM50 sehari sehingga maksimum 14 hari – bersamaan RM700 setahun
- Menerima bantuan kewangan berjumlah RM8,000 jika didiagnosis dengan salah 1 daripada 45 penyakit kritikal
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN
Seperti sedia maklum, bantuan ini ditawarkan dan diberikan kepada penerima bantuan kewangan kerajaan seperti BSH, BR1M, BPR, BKM dan STR. Untuk tahun 2023, kriteria syarat kelayakan asas bagi mendapatkan insentif ini adalah seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
- Bujang berumur 21 hingga 65 tahun
- Golongan OKU yang berumur 18 hingga 65 tahun
SEMAK STATUS BANTUAN
Sekiranya anda berkelayakan dan merupakan penerima bantuan kerajaan seperti yang tertera diatas, anda boleh semak sama ada layak atau tidak menerima insentif ini. Untuk semakan status, sila layari laman rasmi MySalam – DI SINI
Anda perlu masukan maklumat yang diperlukan pada laman utama tersebut. Jika layak, maklumat anda akan dipaparkan menyatakan anda layak menerima insentif khas ini pada skrin.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.