Kehidupan Sejahtera : Bantuan E-Wallet Bernilai RM300 Sebulan
Kehidupan Sejahtera : Bantuan E-Wallet bernilai RM300 sebulan kini telah ditawarkan kepada golongan pendapatan RM3,000 (B40). Untuk sedia maklum, permohonan inisiatif bantuan istimewa ini telah dibuka sepanjang tahun ini.
KEHIDUPAN SEJAHTERA : BANTUAN E-WALLET
Pihak kerajaan negeri telah melaksanakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan e-wallet yang diberikan secara bulanan pada tahun 2023. Program pemberian khas ini dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera atau lebih sinonim BINGKAS.
Untuk makluman, program BINGKAS ini diteruskan pada tahun 2023 dengan melibatkan peruntukan sekitar RM108 juta yang akan memanfaatkan lebih kuran 30 ribu penerima yang berkelayakan.
Objektif utama program ini masih terus dilaksanakan pada tahun ini adalah bagi meringankan beban keluarga yang memerlukan serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Disebabkan itu kerajaan memberikan bantuan ini dalam bentuk e-wallet untuk membeli barang keperluan asas.
KELAYAKAN BANTUAN E-WALLET KEHIDUPAN SEJAHTERA
Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi permohonan bantuan BINGKAS ini seperti berikut :
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
- Isi rumah (Keluarga) yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan ke bawah
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut
Nota : Kepada pemohon yang layak, bantuan khas ewallet ini boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar. Untuk makluman, jumlah kadar e-dompet ini akan ditambah secara automatik ke paras RM300 setiap bulan.
PANDUAN LANGKAH PERMOHONAN
Kepada mereka yang memerlukan dan memenuhi syarat kelayakan yang sudah ditetapkan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, untuk memohon, sila rujuk di laman rasmi BINGKAS – DI SINI
Untuk memudahan proses semakan permohonan, pemohon perlu lampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti :
- Salinan kad pengenalan (Pemohon dan pasangan)
- Salinan Mykid, kad pengenalan atau surat kelahiran (Tanggungan/ anak)
- Salinan slip gaji bagi penjawat awam
- Salinan penyata EA atau KWSP bagi pekerja swasta
- Surat pengesahan pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang kurang bernasib baik. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan masih boleh dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.