BANTUANBINGKAS

Kehidupan Sejahtera : Bantuan Bulanan Ewallet RM300 Untuk B40

Program Kehidupan Sejahtera : Bantuan Bulanan Ewallet RM300 kini ditawarkan kepada kumpulan B40 bagi sesi 2023. Bagi pengetahuan umum, inisiatif khas ini boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

KEHIDUPAN SEJAHTERA : BANTUAN BULANAN

Kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan program pemberian bantuan kehidupan sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS. Perlaksanaan bantuan ewallet khas ini melibatkan peruntukan sekitar 108 juta dan akan memberi manfaat kepada 30,000 penerima layak.

Apa yang menarik adalah inisiatif BINGKAS ini telah ditambah baik dari insentif terdahulu iaitu bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan (KISS IT). Tujuan utama bantuan khas ini masih ditawarkan pada tahun ini adalah bagi membantu meringankan beban golongan sasar.

Kepada pemohon yang layak, mereka boleh menggunakan insentif istimewa ini untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan dengan amaun yang diberikan.

KADAR BANTUAN BULANAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Seperti sedia maklum, kadar bantuan BINGKAS ini telah dimaklumkan iaitu dengan jumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu mengurangkan beban isi rumah yang kurang berkemampuan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendaftar menyertai program khas ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 ke bawah/ Kumpulan B40
  • Isi rumah/ Keluarga yang mempunyai tanggungan anak dibawah umur 18 tahun
  • Lahir di Selangor atau menetap lebih daripada 10 tahun di Selangor
  • Pemilih berdaftar

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada yang berkelayakan dan memerlukan boleh mengemukakan permohonan bantuan Kehidupan Sejahtera ini. Panduan daftar permohonan telah disediakan selengkapnya, sila ke laman rasmi BINGKAS – KLIK DISINI

Bagi memudahkan proses semakan pendaftaran, sila sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti di bawah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (Jika ada)
  • Salinan kad pengenalan, MyKid, Sijil lahir tanggungan/ anak
  • Salinan sijil kematian, penceraian atau surat laporan polis (Untuk kategori ibu bapa tunggal)
  • Salinan slip gaji (Untuk penjawat awam)
  • Salinan penyata EA atau KWSP (Untuk pekerja swasta)
  • Untuk bekerja sendiri atau tidak bekerja perlu sertakan surat pengesahan pendapatan dari ketua komuniti

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada yang terlepas pandang boleh lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button