BANTUANRUMAH

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022 : Bayaran Bulanan Serendah RM 300

Untuk makluman semua, Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad atau dikenali sebagai SPNB telah melancarkan Skim Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi tahun 2022 untuk rakyat Malaysia.

SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan (KPKT) sejajar dengan dasar Perumahan Negara yang telah menyediakan Program Perumahan mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga yang ingin memiliki rumah di Malaysia.

Info Rumah Mesra Rakyat

Tujuan Program RMR diwujudkan bagi membantu rakyat Malaysia untuk memiliki rumah mampu milik sendiri lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti petani, nelayan dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah sewa tetapi mempunyai tanah yang sesuai untuk membina rumah sendiri yang selesa dan berkualiti sesuai dengan mampu milik.

Melalui Program bantuan RMR ini, kepada yang layak akan menerima dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga maksimum RM 20,000 dan pembinaan rumah akan mengikut spesifikasi yang sudah ditetapkan Perumahan Negara.

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan untuk memohon RMR 2022 :

  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Calon/ Pemohon berumur 18 tahun dan keatas – Semasa permohonan
  • Individu dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah tidak sempurna atau usang
  • Pendapatan semasa bulanan isi rumah RM 3,000 dan ke bawah
  • Tapak tanah yang bersesuaian serta bebas dari gadaian
  • Jika pemohon buka pemilik tanah, pemohon mesti setakan surat kebenaran pemilik
  • Keluasan tapak tanah harus tidak kurang dari 3,600 KPS – Tertakluk pada rekabentuk rumah
Reka Bentuk Dan Harga RMR

Untuk malumat, harga bagi setiap tempat adalah berbeza tetapi konsep perumah tetap sama iaitu mempunyai 3 bilik tidur 1 ruang tamu 1 tingkat dan 2 bilik air. Di bawah telah disediakan harga skim RMR mengikut tempat :

1-Keluasan tapak rumah 1,000 KPS – Semenanjung

  • Harga Rumah – RM 75,000
  • Jumlah Pinjaman – RM 55,000
  • Bayaran subsidi pembinaan – RM 20,000
  • Anggaran bayaran bulanan – RM 300 (16 tahun)

2-Keluasan tapak rumah 850 KPS – Semenanjung dan Pulau

  • Harga Rumah – RM 85,000
  • Jumlah pinjaman – RM 65,000
  • Bayaran subsidi pembinaan -RM 20,000
  • Anggaran bayaran bulanan -RM 300 (16 tahun)

3-Keluasan tapak rumah750 KPS – Sarawak dan Sabah dan Labuan

  • Harga rumah – RM 75,000 hingga RM 105,000
  • Jumlah pinjaman – RM 55,000 hingga RM 85,500
  • Bayaran subsidi pembinaan – RM 20,000
  • Anggaran bayaran bulanan – RM 300 hingga RM 460

NOTA TAMBAHAN: Pada tahun 2022 terdapat pelbagai insentif bantuan dari pihak Kerajaan yang berkelayakan untuk anda mohon. Jika anda terlepas pandang dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan 2022, sila ke Laman Utama yang telah disediakan di –SINI

Panduan Permohonan RMR 2022

Sebarang permohonan boleh dibuat melalai 2 kaedah iaitu secara online atau manual seperti di bawah :

Secara Online – Atas Talian

  1. Sila ke Portal Rasmi SPNB – KLIK DISINI
  2. Pergi ke pendaftaran baru
  3. Sila isi borang pendaftaran dengan lengkap
  4. Kemudian ID dan kata laluan akan anda terima di e-mel yang anda daftar
  5. Sila log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang diberikan
  6. Sila lengkapkan maklumat borang yang diberikan
  7. Selepas selesai isi borang, anda disarankan membuat semakan kemudian tekan ‘selesai’  pendaftaran dan sila cetak borang
  8. Hantar borang serta dokumen penting yang lengkap ke Pejabat SPNB yang berdekatan anda atau mana-mana cawangan SPNB seluruh negara

Secara Manual

    • Borang Permohonan anda boleh dapatkan di mana-mana cawangan SPNB, selesai mengisi anda boleh menghantar kembali kepada SPNB. Sertakan borang dan dokumen yang lengkap.
Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau maklumat lebih terperinci berkaitan RMR ini, anda boleh terus menghubungi Ibu Pejabat SPNB di –

Talian Am – 03 2518 5556 atau 03 2618 5555

E-mel : [email protected]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button