BANTUANBINGKASeWallet

Program BINGKAS : Bantuan E-Wallet RM300 Setiap Bulan

Program BINGKAS : Bantuan E-Wallet bernilai RM300 sebulan ini adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan bulanan. Seperti sedia maklum, salah satu insentif yang ditawarkan bagi meringankan beban rakyat pada tahun ini adalah bantuan Kehidupan Sejahtera.

PROGRAM BINGKAS : BANTUAN E-WALLET

Untuk makluman, program bantuan kehidupan sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS ini telah diperkenalkan pada tahun 2021. Atas dasar keprihatinan kerajaan, inisiatif ini masih dilaksanakan pada tahun ini.

Pada tahun 2023, peruntukan dana akan diberikan kepada sekitar 30,000 isi rumah yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan RM3,000 kebawah. Melalui program khas ini, pemohon yang layak akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 secara automatik.

Bantuan kehidupan sejahtera (BINGKAS) ini adalah penambahbaikan daripada bantuan terdahulu iaitu Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan (KISS IT) untuk ibu tunggal. Dengan adanya bantuan e-wallet RM300 ini akan memberikan manfaat kepada seisi keluarga.

MANFAAT PROGRAM BINGKAS

Dengan adanya program bantuan khas ini akan memberi manfaat kepada penerima yang layak seperti berikut :

  • Menerima bantuan e-wallet berjumlah RM300 setiap bulan
  • Membeli barangan keperluan asas secara bulanan
  • Proses tambah nilai ke paras RM300 setiap bulan
  • Kredit e-wallet ini boleh digunakan di kedai runcit dan pasaraya yang berdaftar

Barang keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan khas ini adalah seperti beras, gula, minyak masak, biskut, roti, telur, rempah ratus, ayam, ikan dan sebagainya yang berkaitan.

SYARAT KELAYAKAN BINGKAS

Permohonan bagi sesi tahun 2023 telahpun dibuka, antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah (Keluarga) yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (B40)
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun

PANDUAN DAFTAR PROGRAM BINGKAS : BANTUAN E-WALLET

Kepada mereka yang menepati syarat kelayakan dan berada dalam lingkungan memerlukan, anda boleh daftar permohonan Bingkas. Panduan cara mohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi BINGKAS – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Walaupun sudah memasuki suku keempat tahun 2023, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang masih ditawarkan kepada rakyat. Bagi mereka yang terlepas pandang, anda boleh lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button