Bantuan E-Dompet RM200 : Tarikh Tutup Pada 31 Ogos 2023
Bantuan E-Dompet RM200 kini boleh dituntut dan boleh dibelanjakan sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos 2023. Kepada mereka yang berkelayakan masih boleh claim kredit percuma ini dan belanja secara tanpa tunai.
BANTUAN E-DOMPET RM200
Pada sidang Belanjawan 2023, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan e-dompet yang dikenali sebagai eBelia Rahmah. Menerusi program ini, kredit percuma RM200 boleh didapatkan oleh mereka yang berkelayakan.
Apa yang menarik adalah kadar bantuan telah dinaikkan kepada RM200 pada tahun ini berbanding RM150 tahun lalu. Tujuan utama perlaksanaan ebelia rahmah ini adalah bagi meringankan beban kewangan serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai khusus untuk golongan belia.
APLIKASI E-DOMPET
Untuk tebus kredit e-tunai ini, pemohon perlu memuat turun salah satu aplikasi e-dompet yang terlibat seperti berikut :
- Touch N Go Ewallet
- Boost
- Setel
Kepada mereka yang sudah mempunyai aplikasi edompet seperti diatas, anda boleh terus daftar dan tuntut kredit RM200 jika berkelayakan.
TARIKH TUNTUTAN BANTUAN E-DOMPET RM200
Untuk pengetahuan umum, tarikh daftar dan tuntut bantuan ebelia rahmah telahpun dibuka bermula :
- 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023
- Amaun RM200 boleh digunakan sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos 2023
Sekiranya mempunyai baki amaun selepas tarikh tutup, pembelanjaan tidak sah laku.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan kerajaan bagi bantuan ebelia rahmah seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Belia berumur 18 – 20 tahun
- Golongan mahasiswa berstatus pelajar sepenuh masa tanpa mengira had umur
CARA TEBUS BANTUAN E-DOMPET
Kepada yang menepati kelayakan dan masih belum claim, tuntutan boleh dilakukan secara online. Panduan cara tebus bantuan edompet telah disediakan, sila layari laman web rasmi eBelia Rahmah – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Selain edompet terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun 2023. Hal ini kerana keprihatinan kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat terutama golongan B40 dan miskin.
Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.