Pengeluaran Sebahagian Wang KWSP Yang Dibenarkan Tahun Ini
Pengeluaran sebahagian wang KWSP telah dibenarkan kepada ahli yang berkelayakan dan menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan. Untuk makluman, terdapat kemudahan pengeluaran yang boleh dilakukan oleh para pencarum pada tahun 2023.
PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG KWSP
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan kemudahan kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi tersedia. Perkara ini adalah bagi membantu para pencarum untuk melakukan pengeluaran sebahagian wang KWSP mereka.
Terdapat 2 jenis kemudahan pengeluaran yang dibenarkan pada tahun ini iaitu secara sebahagian dan sepenuhnya melalui akaun 2 KWSP. Di halaman ini dikongsikan jenis pengeluaran sebahagian Wang KWSP yang boleh dilakukan seperti di bawah.
MENCAPAI UMUR 50 TAHUN
Kepada ahli yang telah mencapai umur 50 tahun layak untuk membuat pengeluaran. Ahli dibenarkan membuat pengeluaran sekali sahaja secara sebahagian atau penuh melalui akaun 2, kemudahan adalah sebagai persediaan untuk persaraan.
BELI / BINA RUMAH
Untuk ahli yang ingin atau sedang merancang untuk membeli atau membina rumah di atas tanah sendiri, pengeluaran boleh dilakukan. Pihak KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran akaun 2 bagi membeli atau membina rumah.
MENUNAIKAN HAJI
Pencarum / ahli KWSP yang beragama islam yang merancang untuk mengerjakan ibadah haji, mereka boleh menggunakan simpanan akaun 2 sebagai modal tambahan pembelanjaan.
KESIHATAN
Dengan peredaran masa dan kemajuan teknologi telah meningkatkan kualiti kehidupan, namun pada hakikatnya kos rawatan kesihatan semakin mahal. KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran KWSP akaun 2 bagi membiayai kos perubatan.
Diatas adalah antara jenis pengeluaran yang boleh dilakukan, terdapat lebih banyak lagi jenis pengeluaran yang dibenarkan melalui akaun 2.
CARA PERMOHONAN
Kepada ahli yang memerlukan dan ingin membuat pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan, permohonan boleh dilakukan. Sila semak syarat kelayakan dan panduan cara mohon yang telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK SINI sebagai rujukan.