Bantuan Tunai sehingga RM1300 mula dikreditkan secara berperingkat dan boleh ditebus tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk sedia maklum pembayaran insentif khas STR kini dalam proses pembayaran fasa ketiga.
BANTUAN TUNAI SEHINGGA RM1300
Pihak kerajaan telah melaksanakan sebuah bantuan kewangan yang melibatkan peruntukan paling besar dari segi bantuan kepada rakyat. Program pemberian sumbangan tunai rahmah akan dibayar secara berperingkat melalui empat (4) fasa pembayaran.
STR fasa 1 dan fasa 2 telah selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu. Kini bermula 26 Jun, pengkreditan ke dalam bank dan tebus tunai di BSN dijalankan bagi bayaran STR fasa 3.
Pembayaran STR fasa kali ini telah melibatkan bantuan tunai sehingga RM1300 , jumlah adalah tertakluk kepada kategori kelayakan. Dibawah dikongsikan kadar penuh bayaran mengikut kategori penerima.
JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI
Untuk sedia maklum, pembayaran kali ini berbeza sedikit dimana ada 2 jenis bayaran iaitu kepada penerima sedia ada dan penerima baru. Penerima baru adalah pemohonan yang dilakukan pada bulan Mac berstatus lulus.
Berikut adalah jumlah yang akan diterima mengikut kategori seperti di bawah :
PENERIMA SEDIA ADA
Kategori isi rumah (Pendapatan di bawah RM2,500)
- Tiada anak : RM300
- 1-2 anak : RM400
- 3-4 anak : RM600
- 5 dan lebih : RM800
Isi rumah (Pendapatan di bawah RM5,000)
- Tiada anak : Tiada bayaran
- 1-2 anak : RM150
- 3-4 anak : RM200
- 5 dan lebih : RM250
PENERIMA BARU
Kategori isi rumah (Pendapatan di bawah RM2,500)
- Tiada anak : RM600
- 1-2 anak : RM900
- 3-4 anak : RM1,100
- 5 dan lebih : RM1,300
Isi rumah (Pendapatan RM5,000 ke bawah)
- Tiada anak : RM350
- 1-2 anak : RM450
- 3-4 anak : RM600
- 5 dan lebih : RM750
STATUS BAYARAN & PERMOHONAN RAYUAN
Kepada penerima layak, anda boleh membuat semakan status pembayaran bantuan tunai STR sekiranya masih belum dikreditkan. Kepada mereka yang berada dalam kategori ‘Tidak Lulus’, kalian boleh membuat permohonan rayuan STR.
Permohonan rayuan dibuka sehingga 31 Julai ini, untuk semakan status bayaran atau rayuan. Sila layari portal rasmi bantuan tunai STR – DI SINI
MAKLUMAT INFO LANJUT
Terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan info penuh.