BANTUANBujangFASA 3STR

STR Bujang Fasa 3 RM150 Akan Dikreditkan Awal

STR bujang fasa 3 berjumlah RM150 seorang akan dikreditkan awal secara berperingkat sebelum tarikh 29 Jun 2023. Untuk sedia maklum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga akan dibayar sebelum menyambut raya aidiladha.

STR BUJANG FASA 3

Program pemberian bantuan tunai STR tahun ini akan melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Kadar bayaran yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500, jumlah mengikut kategori kelayakan.

Untuk makluman, bantuan khas ini akan diberikan secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran. Fasa 1 dan fasa 2 telah selesai diagihkan, kini hanya berbaki fasa 3 dan fasa 4 yang dijadualkan dibayar pada bulan ini dan November 2023.

Kurang lagi 2 minggu bayaran sumbangan tunai rahmah fasa ketiga akan dijalankan secara berperingkat. Kepada penerima STR bujang fasa 3, mereka akan menerima lebih awal bayaran dengan jumlah RM150 seorang.

Bayaran kali ini adalah terakhir yang akan diterima oleh kategori bujang. Pada bayran STR terakhir iaitu fasa 4, kategori bujang tidak akan menerima sebarang bayaran.

KEMASKINI & DAFTAR BARU STR

Bagi pengetahuan umum, sepanjang bulan Mac 2023 pihak kerajaan telah membuka laman rasmi untuk rakyat membuat kemaskini maklumat asas. Bagi pendaftaran baru STR juga telah dibuka pada waktu yang sama.

Selepas ini tiada sebarang pengemaskinian akan dibuka bagi program Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini. Bayaran akan diberikan berdasarkan maklumat yang telah dikemaskini pada bulan Mac lalu.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 3

Kepada penerima sedia ada dan daftar baru, semakan status bayaran STR boleh dilakukan secara atas talian. Untuk semakan, sila log masuk melalui laman rasmi MySTR – DI SINI

Nota : Kepada penerima STR kategori isi rumah yang berstatus miskin tegar, anda layak menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan tambahan RM600 ini dikreditkan secara automatik ke dalam kad pengenalan mereka yang layak.

Anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini melalui laman rasmi e-kasih.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada STR, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button