Untuk makluman umum, Pada tahun 2021 Pihak kerajaan telah melancarkan satu program perumahan mampu milik bagi golongan B40 melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau dikenali sebagai (SPRN). Program Perumahan ini telah di teruskan pada tahun ini, kepada anda yang belum memiliki rumah sendiri disarankan membuat permohonan. Anda boleh membuat permohonan rumah mampu milik bagi tahun 2022 seperti MyHome , Rumah PPR dan juga Rumah Transit.
Tujuan Program Perumahan ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah bagi memiliki rumah mampu milik dan dapat menjalani aktiviti harian dengan lebih selesa.
Manakala Portal TEDUH merupakan sebuah laman yang bertujuan untuk pekongsian fungsi dan maklumat bekaitan dengan projek-projek dan program-program perumahan swasta dan juga awam di seluruh Malaysia. Salah satu fungsi dalam Laman rasmi TEDUH adalah yang berfungsi sebagai pinti ” one-stop centre ” kepada rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan Program Perumahan di bawah kendalian Jabatan Perumahan Negara (KPKT)
Panduan Pendaftaran Secara Online
- Sila ke portal rasmi untuk membuat pendaftaran SPRN – DI SINI
- Kemudian Sila tekan butang ” Daftar Akaun”
- Seterusnya sila masukan maklumat anda pada ruang yang di sediakan seperti masukan nama, no kad pengenalan (IC) dan alamat e-mel semasa yang digunakan (aktif) bagi tujuan pengesahan
- Akhir sekali tekan ”Daftar” dan sila semak e-mel anda bagi membuat pengesahan pendaftaran
Senarai Skim Perumahan
- Skim Perumahan SPP
- Skim Perumahan MyHome
- Skim Perumahan PPR
- Skim Perumahan Rumah Transit
Syarat Kelayakan
Untuk makluman, syarat kelayakan adalah berbeza mengikut skim perumahan yang sudah di tetapkan. Yang pasti adalah pemohon berstatus warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun da ke atas. Untuk maklumat lebih terperinci, anda boleh terus layari portal rasmi SPRN yang telah kami sediakan di atas.
Cara Membuat Permohonan
Kepada anda yang ingin membuat permohonan skim Perumahan ini, Proses permohonan dijalankan secara atas talian sahaja (online) dan sebarang permohonan secara manual tidak akan dilayan.
Di bawah kami telah sediakan panduan mudah permohonan di portal SPRN :
Jika anda terlepas pandang tentang senarai bantuan dari pihak kerajaan atau ingin ketahui Bantuan yang layak untuk anda memohon, boleh terus layari laman utama yang telah kami sediakan di – SINI
Maklumat Lanjut
Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci atau sebarang pertanyaan berkenaan skim perumahan ini, anda boleh terus mengubungi di atas talian –
telefon : 03 88914200 atau 03 8891 4475
e-mel : teduh@kpkt.gov.my