BANTUANSTRTarikh Pembayaran

Bantuan STR 2023 : Jadual Lengkap Pembayaran

Bantuan STR 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pembayaran bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar secara berperingkat melalui epat (4) fasa.

BANTUAN STR 2023

Bagi pengetahuan umum, bantuan tunai STR ini diperkenalkan pada tahun ini bagi menggantikan bantuan tunai BKM pada tahun lalu. Hampir sama kadar bayaran yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori kelayakan penerima.

Apa yang menarik pada sidang Belanjawan 2023, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan. Bahawa kerajaan bersetuju untuk menawarkan bantuan tambahan bernilai RM600 kepada penerima sedia ada STR dalam kategori isi rumah (keluarga miskin).

Untuk status pembayaran semasa, bayaran STR fasa 1 dan fasa 2 telah selesai diagihkan pada bulan Januari dan April 2023. Kini hanya tinggal berbaki 2 lagi bayaran iaitu fasa 3 dan fasa 4.

JADUAL LENGKAP PEMBAYARAN STR 2023

Berikut adalah jadual tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 mengikut fasa seperti di bawah :

  • Bayaran STR fasa 1 : Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat
  • Bayaran STR fasa 2 : Bermula 5 April 2023 secara berperingkat
  • Bayaran STR fasa 3 : Bermula Julai 2023 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran STR fasa 4 : Bermula November 2023 (Tarikh akan dikemaskini)

KATEGORI PENERIMA STR 2023

Untuk makluman, bayaran bantuan tunai STR akan membabitkan 3 kategori penerima iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Untuk kategori bujang akan menerima bayaran sehingga fasa 3 sahaja, manakala bagi isi rumah dan warga emas akan menerima bayaran sehingga fasa akhir.

JUMLAH BAYARAN STR

Bagi jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori kelayakan, bayaran bantuan akan diberikan adalah sehingga RM2,500 bagi isi rumah. Bujang RM350 dan warga emas RM600, pembayaran akan diberikan secara berperingkat mengikut fasa.

Bagi penerima sedia ada kategori isi rumah berstatus keluarga miskin, mereka layak menerima bantuan tambahan bernilai RM600 dalam bentuk bantuan bakul makanan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Kepada penerima STR dan pendaftaran baru, anda boleh membuat semakan status bayaran sumbangan tunai rahmah. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada STR, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia terutama yang memerlukan. Sila semak senarai insentif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button