Bantuan tambahan khas RM200 ditawarkan kepada golongan B40 seluruh Malaysia pada tahun ini sekiranya berkelayakan. Untuk makluman umum, pada sidang Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi inisiatif khas berbentuk edompet yang bernilai RM200 seorang.
BANTUAN TAMBAHAN KHAS EM200
Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan e-dompet akan dilaksanakan pada tahun ini kepada rakyat Malaysia. Tujuan utama inisiatif ini diberikan adalah bagi membantu golongan belia dan memupuk dan menggalakan budaya pembelian tanpa tunai.
Apa yang menggembirakan adalah baru baru ini pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif bantuan ewallet ini kepada golongan belia mahasiswa tanpa mengira had umur. Tambahan kadar bayaran juga telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding epemula tahun lalu RM150.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan tambahan khas RM200 (kredit e-tunai belia rahmah) tahun ini seperti di bawah :
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia
- Bantuan ini ditawarkan kepada individu berumur 18,19 dan 20 tahun
- Insentif diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur
- Bantuan boleh ditebus sekiranya berkelayakan
CARA MOHON
Untuk pengetahuan umum, bantuan khas edompet ini akan dilaksanakan pada tahun ini. Cara permohonan masih belum dimaklumakan, dijangkakan permohonan bantuan ini mula dibuka pada pertengahan tahun 2023.
Segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat. Untuk sedia maklum, bantuan ini diberikan kepada golongan belia mahasiswa sahaja.
SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR 2023
Bagi yang terlepas pandang, pada bulan ini pihak kerajaaan telah mula bayar bantuan fasa kedua (2) sumbangan tunai rahmah (STR) secara berperingkat di seluruh negara. Kadar yang diberikan adalah berjumlah RM100 kepada kategori bujang dan warga emas, manakala kategori isi rumah dikreditkan sebanyak RM200.
Untuk semakan status pembayaran mengikut akaun masing-masing, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Pada tahun ini kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan kepada rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini da berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk informasi penuh.