BANTUANRUMAH

Rumah PR1MA 2022 : Panduan Mohon Rumah Bagi Golongan Berpendapatan RM 2,500

Pihak Kerajaan telah melaksanankan Bantuan Perumahan kepada yang memerlukan. Salah satu Bantuan adalah Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia atau di kenali sebagai PR1MA bagi membangun, merancang dan menyediakan kemudahan perumahan berkualiti dan mampu milik kepada golongan rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana. Program PR1MA ini sudah dilancarkan pada tahun-tahun sebelum dan masih di teruskan pada tahun 2022.

Untuk makluman umum, harga rumah PRIMA hanya berjumlah sekitar RM 100,000 sehingga RM 400,000 sahaja dengan kualiti yang baik.

Panduan Cara Permohonan

Kepada anda yang belum memiliki sebarang rumah dan ingin membuat permohonan, anda boleh membuat permohonan secara atas talian (online) di Portal Rasmi Program Perumahan PR1MA di – SINI

Syarat Kelayakan Program PR1MA
  • Wajib Berstatus Warganegara Malaysia
  • Berkeluarga atau Individu dengan purata pendapatan Isi Rumah (IR) semasa bulanan dari RM 2,500 sehingga RM 15,000 sebulan
  • Melepasi Had Umur iaitu sekurang-kurang berumur 21 tahun pada waktu permohonan
  • Status pemohon atau pasangan tidak memiliki lebih dari satu harta

Nota Penting – Pihak Program Perumahan PR1MA tidak mengenakan sebarang pembayaran pendahuluan / yuran pendaftaran atau memilih pihak ketiga atau ejen untuk sediakan perkhidmatan mengisi borang permohonan atau peruntukan khas kepada kediaman Program Perumahan PR1MA.

Proses Memiliki Rumah PR1MA

1-Pendaftaran

  • Sila membuat akaun di PortaL Rasmi Program Perumahan PR1MA – telah di sediakan di atas
  • Kemudian lengkapkan maklumat pendaftaran seperti yang di minta dan anda akan terima nombor rujukan PR1MA. Nombor rujukan yang diberikan bertujuan di gunakan untuk komunikasi masa akan datang dengan pihak PR1MA

2- Permohonan

  • Pembanguna unit adalah terhad. Selepas anda mendaftar / log masuk akaun PR1MA, teruskan mengguna aplikasi yang telah disediakan iaitu PR1MA HOMES bagi tujuan memasuki pengundian dan bukanlah secara automatik
  • Perkembangan baharu di perkenalkan. Sila log masuk akaun anda di aplikasi PR1MA HOMES kemudian hubungi rakan jualan yang sudah di tetapkan untuk tujuan menyemak unit yang tersedia dan pertanyaan lebih terperinci berkenaan Program Perumahan PR1MA ini

3- Undian

  • Kepada semua pemohon yang melengkapi semua syarat kelayakan , anda akan melalui proses pengundian yang telus dan terbuka.Pengundian akan berlaku bergantung kepada mana-mana perkembangan yang baru di laksanakan

4- Pemilhan Unit Perumahan

  • Pihak PR1MA akan menjemput anda ke mesyuarat pemilihan unit rumah bagi tujuan memilh unit pilihan anda berdasarkan unit yang sudah tersedia

5- Kelulusan dan Permohonan Pembiayaan

  • Sila lengkapkan dokumen yang di perlukan ketika pendaftaran dan serahkan permohonan pinjaman pada institusi kewangan yang anda pilih

6- Pejanjian Jual dan Beli

  • Anda sebagai pembeli rumah dan Pihak Pemaju PR1MA akan menandatangani perjanjian jual dan beli – SPA

7- Penyerahan Kunci Rasmi

  • Selamat datang ke komuniti PR1MA dan Tahniah, anda kini pemilik rumah dalam Program Perumahan PR1MA
  • Kunci rumah PR1MA akan diberikan / diserahkan secara rasmi kepada pemilik (anda) selepas pembangunan rumah siap sepenuhnya, Sijil Siap dan pematuhan dan bayaran tunggak yang telah dijelaskan – jika ada
Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin tahu maklumat lebih terperinci berkenaan Program Perumahan PR1MA, boleh terus layari Laman Rasmi PR1MA yang telah di sediakan di atas.

Pada tahun 2022, terdapat banyak insentif yang di sediakan oleh pihak kerajaan untuk rakyat Malaysia. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang di lancarkan boleh terus ke halaman utama – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button