BANTUANSTR Tambahan

Kategori Penerima STR Tambahan Bernilai RM600

Kategori penerima STR tambahan bernilai RM600 ini ditawarkan untuk golongan isi rumah yang kurang berkemampuan tahun ini. Untuk sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan bantuan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah akan diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

KATEGORI PENERIMA STR TAMBAHAN

Bagi pengetahuan umum, pemberian Sumbangan tunai rahmah (STR) baru diperkenalkan pada tahun ini untuk seluruh rakyat Malaysia khususnya tergolong dalam golongan sasar. Kategori penerima STR akan membabitkan bujang, warga emas dan isi rumah.

Atas dasar keprihatinan kerajaan, bantuan tambahan bernilai RM600 telah diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2023 februari lalu. Kategori yang layak ditawarkan bantuan tambahan berbentuk bakul makanan dan baucar makanan asas ini adalah kategori keluarga miskin tegar.

JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN

Kepada penerima yang layak mendapatkan bantuan tambahan STR bernilai RM600 ini akan diberikan secara beperingkat seperti berikut :

  • Julai : RM100
  • Ogos : RM100
  • September : RM100
  • Oktober : RM100
  • November : RM100
  • Disember : RM100

Untuk semakan kelayakan sama ada anda layak atau tidak menerima bantuan tambahan STR ini, sila layari portal rasmi e-kasih.

BAYARAN STR FASA 2

Seperti sedia maklum, pembayaran fasa pertama Sumbangan tunai rahmah telah selesai diberikan bermula pada 17 Januari lalu. Kini ramai yang sedang menunggu pembayaran seterusnya pada bulan April 2023.

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran STR fasa 2 akan dilancarkan selewat-lewatnya sebelum hari raya Aidilfitri tahun ini. Ini bermakna bayaran akan dipercepatkan pada awal atau pertengahan bulan depan.

MINGGU AKHIR SEMAKAN KEMASKINI MAKLUMAT

Sepanjang bulan Mac 2023, kerajaan membuka pendaftaran permohonan baharu dan kemaskini maklumat peribadi STR. Kepada yang masih belum kemaskini maklumat atau ingin mendaftar permohonan baharu STR, sila lakukan semakan sebelum tarikh tutup pada 31 Mac ini (jumaat).

Dijangkakan selepas ini tiada lagi kemaskini atau permohonan baru STR akan dibuka. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Selain daripada kategori penerima STR tambahan, terdapat juga lebih banyak inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan pada bulan ramadhan ini. Perkara ini bagi membantu meringankan beban rakyat sebelum menjelang musim perayaan.

Kepada yang terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button