BANTUANFasa 2STR

Bayaran STR Fasa Dua Sebelum Raya Aidilfitri

Bayaran STR fasa dua diberikan sebelum aidilfitri untuk golongan B40 dan penerima sedia ada secara berperingkat. Untuk makluman, baru-baru ini Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bayaran bayaran bagi STR fasa seterusnya akan mula disalurkan pada bulan depan.

BAYARAN STR FASA DUA

Pihak kerajaan memberi jaminan bahawa pembayaran STR fasa seterusnya (2) akan diberikan secara kredit ke dalam akaun bank penerima berdaftar sebelum sambutan perayaan hari raya aidilfitri 2023.

Apa yang menarik, portal semakan kemaskini data maklumat dan pendaftaran permohonan baru masih dibuka sepanjang bulan Mac. Untuk makluman, setakat 13 Mac ini kerajaan telah menerima 320,103 lagi permohonan baru.

Kepada mereka yang belum memohon atau kemaskini maklumat, disarankan membuat semakan sebelum pembayaran fasa 2 STR diberikan. Pemberian batuan tunai ini bertujuan meringankan beban rakyat Malaysia yang memerlukan terutama golongan b40 dan miskin tegar.

Yang jelas bayaran STR fasa 2 akan diberikan pada awal bulan April atau pada pertengahan bulan ramadhan. Dengan bayaran bantuan diawalkan dapat memberi manfaat kepada rakyat agar dapat membuat persiapan menyambut bulan syawal yang bakal tiba.

KEMASKINI MAKLUMAT STR SEGERA

Kepada yang masih belum membuat kemaskini maklumat, masih belum terlambat kerana semakan masih dibuka. Bagi bukan penerima bantuan STR, anda masih boleh daftar permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023.

Untuk kemaskini maklumat dan permohonan baru, sila layari portal rasmi Sumbagan Tunai Rahmah (MySTR) – DI SINI

BANTUAN TAMBAHAN STR RM600

Pada sidang Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah menambah 1 lagi kategori iaitu bantuan tambahan STR berjumlah RM600 kepada golongan keluarga miskin tegar. Bantuan tambahan ini berbentuk baucar makanan asas dan bakul makanan. Penerima dipilih daripada gologan isi rumah miskin tegar melalui data e-kasih.

INFO LANJUT

Kepada rakyat Malaysia yang berada dalam golongan B40 dan kurang berkemampuan dari segi kewangan, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai pada tahun ini. Untuk yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button