BANTUANMySalam

Senarai Penerima Bantuan RM700 Tanpa Perlu Mohon

Senarai penerima bantuan RM700 tanpa perlu permohonan adalah untuk warganegara Malaysia khususnya kepada golongan B40. Untuk makluman, bantuan khas ini disediakan secara automatik tanpa perlu individu memohon.

INISIATIF KHAS

Untuk sedia maklum senarai penerima bantuan RM700 ini adalah program skim Mysalam. Bantuan ini adalah merupakan sebuah insentif skim takaful perlindungan kesihatan secara percuma.

Pihak kerajaan telah menyediakan perlindungan takaful untuk kumpulan yang berpendapatan rendah dan B40 melalui dana amanah Mysalam 2022. Objektif utama perlaksanaan skim bantuan ini masih diteruskan adalah bagi membantu rakyat memudahkan dan menjalani kehidupan selesa apabila mehadapi cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi.

Untuk pengetahuan umum, perlaksanaan skim bantuan Mysalam ini telah diperluaskan kepada penerima bantuan terdahulu iaitu BKM. Penerima BKM akan secara autoamtik layak menebus bantuan khas Mysalam ini. Perlaksanaan bagi golongan M40 masih ditangguh dan akan dikemaskini dari masa ke masa.

MANFAAT BANTUAN

Berikut adalah senarai manfaat dan kepentingan bantuan Mysalam yang akan diterima oleh individu yang berkelayakan seperti dibawah :

  • Terima insentif bayaran harian untuk tempoh 14 hari pada kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun
  • Bakal terima bayaran RM8,000 yang akan diagihkan pada masa yang akan diumumkan kelak.

Nota : Bermula tahun 2022 bantuan Mysalam telah diperluaskan, penerima BKM secara automatik boleh menebus bantuan khas ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk tebus bantuan Mysalam seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Individu berumur 18 hingga 65 tahun dan pasangan
  • Individu berumur 40 hingga 65 tahun dan memperolehi pendapatan semasa tahunan RM24,000 dan kebawah
  • Golongan Orang kelainan upaya (OKU) yang berumur 18 hingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan dibawah RM24,000.

CARA DAPATKAN BANTUAN

Untuk mereka yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapakan boleh membuat tebusan bantuan Mysalam. Sila layari portal rasmi MySalam – DI SINI

Anda perlu isi maklumat yang diperlukan bagi semak kelayakan, jika berkelayakan anda perlu ikuti arahan yang telah disediakan sehingga selesai tuntutan dibuat.

Kepada penerima yang layak akan dapat notifikasi pengesahan melalui SMS. Jika anda layak tetapi masih tidak menerima sebarang pesanan SMS, anda perlu hantar e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian khas Mysalam di 1-300 888 938.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan khas Mysalam RM700 ini, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan tunai yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button