Program BLP 2023 adalah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pelbagai insentif disediakan pada tahun ini bagi rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan.
PROGRAM BLP 2023
Salah satu inisiatif yang ada pada tahun ini adalah program bantuan latihan perantis (BLP). Bantuan ini diselia dan diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Perkara ini bertujuan bagi membantu warga Malaysia meringankan beban. Bantuan BLP ini termasuk dalam skim bantuan kebajikan tahun 2023.
Objektif utama perlaksanaan bantuan ini adalah bagi membantu anak-anak penerima bantuan yang tercicir dari persekolahan. Temasuk klien jabatan dan invidivu yang sedang menganggur termasuklah bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
KADAR BANTUAN BLP
Untuk makluman, pemohon yang layak menerima insentif khas ini akan dapat bayaran bantuan sebanyak RM200 untuk setiap penerima dan bantuan diberikan setiap bulan.
CARA MOHON BLP
Jika anda berminat, permohonan boleh dibuat. Sila layari portal rasmi BLP JKM – DI SINI
Panduan dan borang permohonan boleh dimuat turun di laman tersebut. Untuk memudahkan proses permohonan, pemohon perlu lampirkan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :
- Sediakan salinan kad pengenalan (IC) pemohon
- Salinan kad pengenalan (IC) pasangan suami isteri
- Salinan kad pengenalan (IC) ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan slip gaji sekiranya ada
- Dokumen sokongan yang berkait (sertakan sekali semasa permohonan).
KRITERIA KELAYAKAN
Berikut adalah kriteria syarat kelayakan bagi permohona bantuan BLP 2023 seperti dibawah :
- Pemohon berstatus Warganegara Malaysia dan bermastautin
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan
- Merupakan bekas pelatih perintah khidmat masyarakat
- Kes-kes seliaan akhlak
- Kelulusan berdasarkan tempoh latihan maksimum sehingga 24 bulan bersamaan 2 tahun.
Nota : Setiap pemohonan yang didaftarkan akan melalui proses siasatan penilaian (means-tested) yang bertujuan bagi mengesahkan pemohon yang benar-benar layak mendapatkan bantuan ini.
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada program BLP 2023 ini, terdapat lebih banyak inisiatif yang telah diperkenalkan pada tahun ini oleh pihak kerajaan untuk rakyat Malaysia. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.