BANTUANBAPBKKBWEJKM

Senarai Penerima Bantuan Khas RM1,000 Yang Dibayar Pada Bulan Ini

Senarai penerima bantuan khas sehingga RM1,000 dibayar pada bulan Febuari yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Untuk sedia maklum, kerajaan perpaduan pada tahun ini telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan kepada golongan B40 dan yang memerlukan.

Terdapat juga bantuan diperkenalkan pada tahun sebelum ini dan masih diteruskan pada tahun 2023. Atas dasar keprihatinan dan masih relevan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan, perlaksanaan bantuan diteruskan.

Bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak JKM pada bulan ini khas untuk gologan B40 dan miskin. Kepada mereka yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan baru, panduan dan senarai kategori bantuan adalah seperti dibawah.

BANTUAN KANAK-KANAK

Untuk makluman, program (BKK) bantuan kanak-kanak ini disediakan oleh jabatan kebajikan masyarakat (JKM). Tujuan utama insentif ini dilaksanakan adalah bagi membantu golongan yang memerlukan. Hal ini bagi meringankan beban penjaga (keluarga) dan anak-anak yang kurang bernasib baik untuk meneruskan kelangsungan hidup dan mendapat penjaga selesa dan sewajarnya.

Pihak JKM telah mengumumkan bahawa kenaikkan kadar bantuan sehingga maksimum RM1,000 berbanding sebelum ini RM450 untuk 1 keluarga. Kepada pemohon yang layak, anda akan menerima bayaran bantuan ini secara bulanan mengikut kelayakan kategori. Bagi mereka yang berminat, permohonan BKK boleh dibuat. Sila semak panduan permohonan dan muat turun borang di laman rasmi BKK – DI SINI

BANTUAN ANAK PELIHARA

Ramai yang terlepas pandang berkenaan bantuan anak pelihara (BAP) ini juga kadar bayaran diberikan setiap bulan. Kadar bantuan yang disediakan adalah RM250 dan RM500 mengikut kelayakan. Sebelum membuat permohonan, sila semak syarat kelayakan dan panduan mohon yang telah disediakan di laman BAP – DI SINI

BANTUAN BWE

Insentif khas bantuan warga emas (BWE) ini adalah insentif yang disediakan kepada warganegara Malaysia yang berumur 55 tahun dan keatas. Jika anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang merupakan warga emas yang kurang berkemampuan, disarankan untuk membuat permohonan bantuan ini. Kadar bantuan yang disediakan adalah sebanyak RM500 sebulan.

Sila semak syarat kelayakan dan panduan permohonan di laman rasmi BWE – KLIK DISINI bantuan warga emas termasuk senarai penerima bantuan khas pada bulan ini.

Nota : Senarai bantuan yang boleh dimohon pada bulan Februari ini adalah bantuan-bantuan dari JKM. Kepada mereka yang berkelaykan boleh membuat permohonan, disarankan sertakan dokumen lengkap yang diperlukan bagi memudahkan proses semakan permohonan dilakukan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada senarai penerima bantuan khas dari JKM ini, terdapat lebih banyak inisiatif yang disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button