BANTUANKerajaan

Senarai Bantuan Tunai Kerajaan Bulan Februari

Senarai bantuan tunai kerajaan yang terdapat pada bulan Februari 2023 yang boleh didapatkan oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Pada tahun ini, pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai untuk mereka yang memerlukan.

SENARAI BANTUAN TUNAI KERAJAAN

Pada bulan ini (Februari) ada beberapa inisiatif yang diagihkan kepada mereka yang layak. Di halaman kali ini dikongsikan maklumat ringkas berkenaan senarai bantuan tunai kerajaan yang ada pada bulan ini.

Program bantuan yang tersedia adalah bertujuan memberi manfaat kepada rakyat terutama kepada golongan b40 dan miskin. Dengan adanya insentif khas dapat meringankan beban mereka pada tahun ini.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Program bantuan BMT tahun ini diberikan secara berperingkat (FASA), terdapat 3 kali pembayaran akan diberikan iaitu seperti berikut :

  • Fasa 1 : RM300, pembayaran bulan Januari
  • Fasa 2 : RM300, pembayaran bulan Februari
  • Fasa 3 : RM200, pembayaran bulan Mac.

Jumlah keseluruhan bantuan musim tengkujuh adalah sebanyak RM800. Untuk semak status permohonan, sila layari portal rasmi eBMT RISDA – DI SINI

BANTUAN BARANG DAPUR 

Program bantuan barang keperluan asas dapur (BINGKAS) telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri Selangor pada tahun ini. Sambutan yang agak memberangsangkan pada tahun lalu dan masih relevan, kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan pada tahun ini.

Kadar bantuan yang disediakan adalah sebanyak RM300 berbentuk ewallet, insentif ini diberikan setiap bulan kepada pemohon yang layak. Penerima bantuan boleh menggunakan dengan cara membeli keperluan barang dapur di mana-mana pasaraya yang berdaftar.

Permohonan bantuan ini terbuka kepada rakyat negeri selangor dan yang telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun. Untuk semak panduan permohonan dan maklumat penuh berkenaan bantuan, sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI

BANTUAN TEKUN MOBILEPRENEUR

Program skim pembiayaan bantuan beli motorsikal ini telah disediakan sejak dari tahun 2020. Inisiatif ini menyediakan nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 sehingga RM10,000. Bantuan ini untuk baik pulih matorsikal, pembelian motorsikal dan Modal pusingan.

Untuk semak kaedah permohonan bantuan khas ini, sila ke pautan rasmi TEKUN Mobilepreneur 4.0 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk semakan lebih lagi senarai bantuan tunai kerajaan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button