BANTUANSTR

STR 2023 : Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Fasa

STR 2023 ini merupakan inisiatif baru diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini untuk rakyat Malaysia terutama golongan B40. Seperti sedia maklum, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa perlaksanaan Sumbangan tunai rahmah (STR) ini akan diberikan secara peringkat.

INSENTIF STR 2023

Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan berkenaan pemberian STR tahun ini. Menerusi kenyataan tersebut, STR adalah bantuan yang disediakan oleh kerajaan berbentuk insentif tunai.

Pemberian bantuan ini telah dijenamakan semula kepada STR, sebelumnya adalah bantuan tunai rakyat (BTR). Bantuan tunai tahun ini berbeza dengan tahun sebelum (BKM) 2022, dimana pembayaran kali pertama telah dipercepatkan.

STR fasa 1 telah diagihkan secara berperingkat bermula 17 Januari 2023 secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima dan tebus tunai di kaunter BSN seluruh Malaysia bagi penerima tiada kad bank.

INFO STR FASA 1

Pemberian STR fasa 1 telah melibatkan 3 kategori penerima iaitu bujang, warga emas (bujang) dan isi rumah (keluarga). Kadar bayaran yang diberikan adalah RM100 untuk kategori bujang dan warga emas bujang.

Manakala bagi kategori isi rumah akan mendapatkan RM300 untuk fasa pertama. Untuk makluman, bayaran STR bukan hanya kali ini, bayaran akan diteruskan pada fasa berikutnya nanti.

Kepada penerima bantuan STR mesti ternanti-nanti bilakah tarikh bayaran dan jumlah yang akan diterima pada fasa seterusnya. Buat masa ini hanya maklumat fasa 1 yang telah diumumkan.

TARIKH & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT FASA

Berikut adalah jadual & jumlah bayaran yang akan diberikan mengikut fasa seperti dibawah :

  • STR fasa 1 : Bermula 17 Januari dan jumlah bayaran adalah RM 100 untuk (Bujang dan warga emas bujang) RM300 untuk isi rumah
  • STR fasa 2 : akan dikemaskini (belum diumumkan) dijangka selewatnya sebelum pertengahan tahun ini.

SEMAKAN STATUS KEMASKINI STR

Kepada penerima STR, anda boleh membuat semakan status kelayakan dan kemaskini STR. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI untuk semakan. Kepada bukan penerima STR, anda mungkin boleh membuat permohonan baru dijangka akan dibuka sebelum pembayaran fasa 2.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada  tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon SEMAK DISINI untuk rujukan senarai penuh.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button